Matan hadith
و حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ
حَدَّثَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
أُسَامَةَ بْنِ الْهَادِ اللَّيْثِيُّ
عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَكَمِ عَنْ
الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ غَطُّوا الْإِنَاءَ وَأَوْكُوا السِّقَاءَ فَإِنَّ فِي
السَّنَةِ لَيْلَةً يَنْزِلُ فِيهَا وَبَاءٌ لَا يَمُرُّ بِإِنَاءٍ لَيْسَ
عَلَيْهِ غِطَاءٌ أَوْ سِقَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ وِكَاءٌ إِلَّا نَزَلَ فِيهِ مِنْ ذَلِكَ الْوَبَاءِ و
حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ حَدَّثَنِي أَبِي حَدَّثَنَا
لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ بِمِثْلِهِ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ فَإِنَّ
فِي السَّنَةِ يَوْمًا يَنْزِلُ فِيهِ وَبَاءٌ وَزَادَ فِي آخِرِ الْحَدِيثِ قَالَ
اللَّيْثُ فَالْأَعَاجِمُ عِنْدَنَا يَتَّقُونَ ذَلِكَ فِي كَانُونَ الْأَوَّلِ
Terjemahan
Telah menceritakan kepada kami 'Amru An Naqid: Telah menceritakan kepada
kami Hasyim bin Al Qasim: Telah menceritakan kepada kami Al Laits bin Sa'd:
Telah menceritakan kepadaku Yazid bin 'Abdullah bin Usamah bin Al Hadi Al
Laitsi dari Yahya bin Sa'id dari Ja'far bin 'Abdullah bin Al Hakam dari Al
Qa'qa' bin Hakim dari Jabir bin 'Abdullah ia berkata: Aku mendengar Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tutuplah bekas-bekas, dan ikatlah
tempat-tempat minuman, kerana di suatu malam pada setiap tahunnya akan ada
wabak penyakit (berbahaya) yang akan jatuh ke dalam bekas dan ketempat-tempat
air yang tidak tertutup." Dan telah menceritakan kepada kami Nashr bin
'Ali Al Jahdlami: Telah menceritakan kepadaku Bapakku: Telah menceritakan
kepada kami Laits bin Sa'd dengan Hadith dan sanad yang serupa, hanya saja dia
berkata dengan kalimat kerana di suatu hari pada setiap tahunnya akan ada wabak
penyakit'. Dia juga menambahkan pada akhir hadithnya: Al laits berkata:
'Orang-orang 'Ajam (selain orang arab) di antara kami merasa takut pada hal itu
sejak bulan pertama.'
Takhrij
HR. Muslim, Kitab Minuman, Bab Perintah
Menutup Bekas Makanan, no. 2014, dari Jabir bin Abdullah ra.
No comments:
Post a Comment