Tuesday 24 December 2019

Hadith-hadith pakaian Nabi saw


1.Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja memakai serban. Bahkan Baginda s.a.w. memakai kopiah sebagaimana hadis riwayat Imam Tabrani daripada Saidina Abdullah Ibnu Umar r.a.

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ يَلْبِسُ قَلَنْسُوَة بيْضَاء
“Rasulullah s.a.w. memakai songkok/kopiah putih”

Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 5/2144 dari Abdullah bin ‘Umar ra, didhaifkan oleh al-Baihaqi kerana tafarrudnya Abdullah bin Khirash. Al-Bukhari dan Ibn Abi Hatim, Abu Zur’ah menilai beliau munkarul hadith (Zakirah Huffaz 3/1808). Beliau didhaifkan oleh jumhur imam hadith (Majma Zawaid 5/124).

As-Suyuthi mendhaifkan hadith ini dalam Jamius Saghir no. 7148 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2538.


2.Dan terdapat juga riwayat Imam Ibnu Asakir daripada Saidatina Aisyah r.a. dan daripada Saidina Abdullah Ibnu Abbas menceritakan perihal Baginda s.a.w. memakai kopiah.


كان يلبَسُ قَلَنْسُوَةً بيضاءَ لاطِئَةً

Takhrij

HR. Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 4/193, As-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 7149 dari Aisyah ra. Didhaifkan oleh as-Suyuthi.

Dimasukkan oleh Ibnu Adiy di dalam Kamil Dhuafa’ 5/237.



كان لرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم ثلاثُ قلانسَ قَلَنْسوةٌ بيضاءُ مُضَرَّبةٌ وقَلَنْسُوةٌ بُرْدِ حِبَرَةَ وقَلَنْسُوَةٌ ذاتُ آذانٍ يلبسُها في السَّفرِ فربما وضعَها بين يدَيه إذا صلَّى

Rasulullah SAW memiliki 3 jenis kopiah ; Pertama, kopiah putih yang dijahit, kedua ; kopiah yang dingin dari kain kapas, dan ketiga ; kopiah yang berjahit dalam warna cerah (biasa dibawa waktu musafir), dan beliau kadang-kadang meletakannya dihadapan beliau ketika solat (sebagai sutrah)

Takhrij

HN. Al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’ 2/462 dari Ibnu Abbas ra. Sanadnya didhaifkan oleh al-Iraqi. Dinukilkan oleh As-Suyuthi dalam Jamius Saghir dan beliau mengisyaratkan akan kedhaifan hadith ini.

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ 4/233-234.


3.Diriwayatkan Baginda Nabi s.a.w. bukan hanya memakai jubah labuh dan panjang sebagaimana yang umum maklumi, Baginda s.a.w. turut memakai qomis (seumpama kemeja pada hari ini) sebagaimana Imam Ibnu Hajar al-Haitami nukilkan riwayat Imam ad-Dimyathi dalam syarah kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam Tirmizi dengan menyebutkan:

كان قميص رسول الله صلى الله عليه وسلم قطنا قصير الطول والكمين

“Adalah qomis/gamis Rasulullah s.a.w. itu diperbuat dari katon (kapas) yang sederhana panjangnya dan berlengan.”

Takhrij

HR. Ibnu Adiy dalam Kamil Dhuafa’ 8/5 dari Anas bin Malik ra. Dia berkata sanad hadith ini terdapat perawi yang dhaif bernama Muslim bin Kaisan. Dia didhaifkan majoriti ulama Jarh wa Ta’dil dengan lafaz yang berat seperti matrukul hadith (an-Nasaie), wahi (az-Zahabi), munkarul hadith jiddan (Ibnu Yahya as-Saji), Dzahibul hadith (al-Bukhari) dan banyak lagi (Kamil Dhuafa’ 8/5)


4.Diriwayatkan juga, bahawa Baginda Nabi s.a.w. turut memakai izar (إزار) iaitu kain pelekat yang diceritakan Imam Tirmizi dalam bab khusus mengenainya di dalam kitab Syamail Muhammadiah pada bab yang ke-17.

كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذَا دَخَلَ العَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وأَحْيَا لَيْلَهُ، وأَيْقَظَ أهْلَهُ

Rasulullah SAW ketika memasuki hari kesepuluh- yakni sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadan- maka beliau mengencangkan (izar) sarungnya, dan menghidupkan malamnya serta membangunkan keluarganya."


Takhrij

HR. Bukhari no. 2024


5.Bukan itu sahaja, bahkan Baginda Nabi s.a.w. diriwayatkan pernah memakai burtulah iaitu seumpama topi kebun atau topi koboi sebagaimana diriwayatkan bahawasanya topi ini dipakai oleh Rasulullah ketika menawan kota Khaybar tatkala panas terik matahari.

ما المظلة؟ قال : البرطلة فأومأ بيده إلى رأسه يشير إلى أنها كانت مفروشة

“Apakah pelindung itu? Baginda s.a.w. menjawab: Burtulah. Maka diisyaratkan pada kepalanya dengan menunjukkan bahawa topi tersebut menutupi.”

Takhrij

Matan asal seperti teks saya tak berjaya jumpa, tetapi dalam Kitab Musannaf Abi-Syaibah 12/510 ada mengatakan hadith ini termasuk hadith-hadith musalsal yang dikumpulkan oleh Syeikh Muhammad Yasin Fadani dalam kitab-kitab musalsalnya. Syeikh Dr. Maher Yasin al-Fahl dalam menjawab soalan anak muridnya berkenaan hadith musalsal bi lubs al-burthulah berkata, hadith ini tidak sahih malah tidak ada asalnya, dan lebih utama untuk tidak meriwayatkannya.

Kebanyakan hadith musalsal adalah dhaif bahkan batil, disebabkan pembohongan perawinya (al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, hal. 44, Syria: al-Matbu`at al-Islamiyyah (1992)).



6.Maka, barangsiapa bermimpi Baginda Nabi s.a.w. tidak memakai serban. Hanya berkopiah dan berkain pelekat, atau barangkali sedang memakai burtulah, tiada keraguan lagi, yang ditemui dalam mimpi itu adalah Baginda Nabi s.a.w.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...