Tuesday 24 December 2019

Hadith kemesraan Nabi saw dengan anak-anak


Mencium anak-anak

a)     Bibir

عَنْ يَعْلَى الْعَامِرِيِّ أَنَّهُ خَرَجَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى طَعَامٍ دُعُوا لَهُ قَالَ فَاسْتَمْثَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَفَّانُ قَالَ وُهَيْبٌ فَاسْتَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَامَ الْقَوْمِ وَحُسَيْنٌ مَعَ غِلْمَانٍ يَلْعَبُ فَأَرَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَأْخُذَهُ قَالَ فَطَفِقَ الصَّبِيُّ هَاهُنَا مَرَّةً وَهَاهُنَا مَرَّةً فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُضَاحِكُهُ حَتَّى أَخَذَهُ قَالَ فَوَضَعَ إِحْدَى يَدَيْهِ تَحْتَ قَفَاهُ وَالْأُخْرَى تَحْتَ ذَقْنِهِ فَوَضَعَ فَاهُ عَلَى فِيهِ فَقَبَّلَهُ وَقَالَ حُسَيْنٌ مِنِّي وَأَنَا مِنْ حُسَيْنٍ أَحَبَّ اللَّهُ مَنْ أَحَبَّ حُسَيْنًا حُسَيْنٌ سِبْطٌ مِنْ الْأَسْبَاطِ

Dari Ya’la Al-Amiri, bahawa dia pernah keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk memenuhi undangan makan-makan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memenuhi undangan tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi orang-orang sementara Al-Husain sedang bermain bersama beberapa orang anak, ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ingin mengambilnya, anak itu pun lari ke sana ke mari hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mentertawakannya hingga akhirnya beliau mengambilnya.” Kemudian beliau meletakkan salah satu tangannya di bawah tengkuk anak itu dan tangan yang lain di bawah dagunya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meletakkan bibirnya pada bibir anak itu seraya menciumnya, kemudian beliau bersabda: “Al-Husain sebahagian dari diriku dan aku sebahagian darinya, Allah akan mencintai siapa yang mencintai Al-Husain. Dan Al-Husain merupakan umat dari umat-umat yang terbaik.” (Musnad Ahmad, no. 16903, sanad dhaif al-Arnauth, syawahidnya pada HR. Ahmad no. 10471 dengan sanad yang hasan (dari Abu Hurairah ra)).

Majoriti ulama, tidak menggalakkan ibu/bapa mencium mulut anak-anak mereka, kerana ini boleh menimbulkan syahwat, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Ini berbeza pada zaman Nabi saw. Dan jika mencium mana-mana anggota itu boleh menimbulkan syahwat dan fitnah, maka hal itu tidak diperbolehkan.

b)     Perut

عَنْ عُمَيْرِ بْنِ إِسْحَاقَ قَالَ رَأَيْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ لَقِيَ الْحَسَنَ فَقَالَ لَهُ اكْشِفْ عَنْ بَطْنِكَ حَتَّى أُقَبِّلَ حَيْثُ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ مِنْهُ قَالَ فَكَشَفَ عَنْ بَطْنِهِ فَقَبَّلَهُ

Dari Umair bin Ishaq dia berkata: Aku melihat Abu Hurairah bertemu Al-Hasan (cucu Rasulullah), lalu Abu Hurairah berkata kepadanya: “Singkaplah (pakaian yang menutupi) perutmu sehingga aku boleh mencium bahagian yang pernah aku lihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menciumnya.” Umair bin Ishaq berkata: “Kemudian Al-Hasan membukanya dan Abu Hurairah mencium perutnya.” (Musnad Ahmad, no. 9145 sanad dhaif al-Arnauth)


c)      Tangan

مِنْ فَاطِمَةَ كَرَّمَ اللَّهُ وَجْهَهَا كَانَتْ إِذَا دَخَلَتْ عَلَيْهِ قَامَ إِلَيْهَا فَأَخَذَ بِيَدِهَا وَقَبَّلَهَا وَأَجْلَسَهَا فِي مَجْلِسِهِ وَكَانَ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهَا قَامَتْ إِلَيْهِ فَأَخَذَتْ بِيَدِهِ فَقَبَّلَتْهُ وَأَجْلَسَتْهُ فِي مَجْلِسِهَا

Apabila saidatina Fatimah r.a mendapati Nabi s.a.w masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan baginda s.a.w dan terus menciumnya. (HR. Abu Daud no. 5217, sahih al-Albani)


Memeluk anak

دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ

Kami pergi bersama Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam menuju rumah Abu Saif Al-Qayyin (tukang besi).  Dia ini adalah bapa susuan Ibrahim (kerana isteri Abu Saif menyusui putra Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun mengambil Ibrahim, lalu menciumnya dengan mulut (bibir) dan hidung beliau. (HR. Bukhari no. 1303)


Mengusap kepala anak

Berikut ini beberapa hadith tentang mengusap kepala anak.

عن إدريس بن  محمد بن أنس بن فضالة بن محمد ، قال : حدثنا جدي ، عن أبيه ،  قال : ‘ قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة ، وأنا ابن  أسبوعين ، فأتي بي إليه فمسح على رأسي ، وقال : ‘ سموه باسمي ،

Dari Idris bin Muhammad bin Anas bin Fadhalah bin Muhamad berkata: Telah menceritakan kepada kami datukku dan ayahnya berkata: Rasulullah Saw datang ke Madinah dan aku baru berumur dua minggu, aku didatangkan kepada Nabi dan beliau mengusap kepalaku dan bersabda: “Berilah dia nama seperti namaku”. (Tahdzib Al-Atsar No 740, sanad dhaif al-Albani)

عن سلمة بن وردان قال : رأيت أنس بن مالك يصافح الناس ، فسألني : من أنت ؟ فقلت : مولى لبني ليث ، فمسح على رأسي ثلاثا وقال : بارك الله فيك

Dari Salamah bin Wardan, ia berkata: “Saya melihat Anad bin Malik menjabat tangan orang-orang lalu dia bertanya kepadaku: ‘Siapa Engkau?’ Saya menjawab: ‘Bekas Budak Bani Laits’, Dia lalu mengusap kepalaku tiga kali dan berkata “Semoga Allah memberikan berkah kepadamu”. (HR. Bukhari Sahih Adabul Mufrad no. 743, sanad hasan al-Albani)

عن يوسف بن عبد الله بن سلام قال : سماني رسول الله صلى الله عليه وسلم يوسف ، وأقعدني على حجره ، ومسح على رأسي

Dari Yusuf bin Abdullah bin Salam berkata: “Rasulullah Saw memberikan nama Yusuf kepadaku dan beliau mendudukkanku di atas pangkuannya dan mengusap usap kepalaku”. (HR. Bukhari Sahih Adabul Mufrad no. 282, sanad sahih al-Albani)

عن إبراهيم بن مرزوق الثقفي قال : حدثني أبي – وكان لعبد الله بن الزبير فأخذه الحجاج منه – قال : كان عبد الله بن الزبير بعثني إلى أمه أسماء بنت أبي بكر ، فأخبرها بما يعاملهم حجاج ، وتدعو لي ، وتمسح رأسي ، وأنا يومئذ وصيف

Dari Ibrahim bin Marzuq Ats-Tsaqafi berkata: “Abdullah bin Zubair mengutusku pergi kepada ibunya, Asma’ binti Abu Bakar. Saya pun memberitahukan kepadanya perlakuan Hajjaj kepada mereka. Dia (Asma’) mendoakan aku dan mengusap kepalaku. Saat itu saya seorang budak kecil”. (HR. Bukhari Dhaif Adabul Mufrad no. 151, dhaif  al-Albani)

Al-Thibiy berkayata: mengusap kepala anak yatim kata metaforik yang berarti mengasihi dan menyayangi mereka. (Mirqaah al-Mafaatiih Syarh Misykaah al-Mashaabiih 8/3115)


Memeluk anak

Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengambilku dan mendudukkanku di atas pahanya serta meletakkan Hasan di paha beliau yang lainnya, lalu beliau memeluk keduanya dan berdoa,

اللَّهُمَّ ارْحَمْهُمَا فَإِنِّي أَرْحَمُهُمَا

“Ya Allah kasihilah keduanya karena aku mengasihi keduanya” (HR. Bukhari no. 6003).


Ya’la bin Marrah berkata, “Kami pernah keluar bersama Rasulullah lalu kami diundang untuk makan. Tiba-tiba, Husein bermain di jalan. Rasulullah pun segera mendahului orang-orang lalu membentangkan kedua tangan beliau. Anak itu berlari menghindar ke sana kemari. Rasulullah mencandainya hingga akhirnya beliau dapat menangkapnya. Satu tangan beliau memegang dagu Husein dan tangan satu lagi memegang kepala lalu beliau memeluknya. Setelah itu, beliau bersabda, “Husein bagian dariku dan aku adalah bagian darinya. Allah mencintai orang yang mencintai Husein. Husein adalah satu dari cucu-cucuku (Silsilah Hadith Sahih al-Albani no. 312).


Mengusap Wajah atau Kedua Pipi

رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ مَسَحَ وَجْهَهُ زَمَنَ الْفَتْحِ

Dari Mush’ab bin Abdillah berkata,” Abdullah bin Tsa’labah, dilahirkan empat tahun sebelum hijrah. Dia dibawa menghadap Rasulullah saw. Beliau mengusap wajahnya dan memberkatinya pada tahun pembebasan kota Mekah. Rasulullah saw meninggal dunia pada waktu dia berusia empat belas tahun.” (HR. Hakim 3/379, lafaz Ahmad no. 23666, sanad sahih al-Arnauth).


صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْأُولَى، ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَهْلِهِ وَخَرَجْتُ مَعَهُ، فَاسْتَقْبَلَهُ وِلْدَانٌ، فَجَعَلَ يَمْسَحُ خَدَّيْ أَحَدِهِمْ وَاحِدًا وَاحِدًا

“Saya menunaikan solat Zhuhur bersama dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau keluar menuju ke rumah isteri beliau dan saya pun keluar bersama beliau. Muncullah anak-anak menemui beliau, beliaupun mulai mengusap kedua pipi salah seorang dari mereka, satu persatu”. (HR. Muslim no. 2329)


Menyentuh Bahu

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى كَتِفِي أَوْ عَلَى مَنْكِبِي شَكَّ سَعِيدٌ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

Dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah saw pernah meletakkan tangan beliau di atas bahuku  – Sa’id (perawi hadith) ragu – kemudian beliau : ”Ya Allah, anugerahkanlah kepadanya pemahaman agama yang dalam dan ajarilah dia tentang penafsiran. (HR. Ahmad no. 2397, sahih Ahmad Syakir).

قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ

Dari Ibnu Umar, dia berkata: “Suatu ketika, Rasulullah memegang bahuku, lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau pengembara” (HR. Bukhari no. 6416)

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: ”Hadith ini menerangkan bolehnya guru menyentuh anggota tubuh murid ketika memberikan pelajaran dan nasihat. Hal itu dilakukan dalam rangka membangun kedekatan psikologis, dan agar murid lebih perhatian terhadap pelajaran yang akan disampaikan. Biasanya, hal itu hanya dilakukan terhadap murid yang mendapat perhatian khusus (Fathul Bari 11/235).

Menepuk Dada

لَمَّا بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْيَمَنِ فَقُلْتُ تَبْعَثُنِي وَأَنَا رَجُلٌ حَدِيثُ السِّنِّ وَلَيْسَ لِي عِلْمٌ بِكَثِيرٍ مِنْ الْقَضَاءِ قَالَ فَضَرَبَ صَدْرِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ اذْهَبْ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ سَيُثَبِّتُ لِسَانَكَ وَيَهْدِي قَلْبَكَ قَالَ فَمَا أَعْيَانِي قَضَاءٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ

Tatkala Rasulullah hendak mengutusku ke Yaman, aku berkata: “Bagaimana mungkin engkau akan mengutusku, sedangkan *usiaku masih muda*, dan aku tidak memiliki banyak pengetahuan mengenai masalah peradilan. “Ali melanjutkan: ”Lalu Rasulullah menepuk dadaku dan bersabda,”Pergilah sesungguhnya Allah akan memantapkan lidahmu dan menunjuki hatimu.” Ali berkata;” setelah itu, memutuskan perkara di antara dua orang bukanlah hal yang berat untuku (HR. Ahmad no. 1145, sahih al-Arnauth)


Kesimpulan

Ibnu Batthal rahimahullah berkata, “Menyayangi anak kecil, memeluknya, menciumnya, dan lembut kepadanya termasuk dari amalan-amalan yang diredhai oleh Allah dan akan diberi ganjaran oleh Allah. Tidakkah engkau perhatikan Al-Aqra’ bin Haabis menyebutkan kepada Nabi bahwa ia memiliki 10 orang anak laki-laki tidak seorangpun yang pernah ia  cium, maka Nabi pun berkata kepada Al-Aqra’ ((Barang siapa yang tidak menyayangi maka tidak akan disayang)). Maka hal ini menunjukan bahawa mencium anak kecil, menggendongnya, ramah kepadanya merupakan perkara yang mendatangkan rahmat Allah. Tidak engkau perhatikan bagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menggendong (cucu beliau) Umamah putrinya Abul ‘Aash (suami Zainab putri Nabi) di atas leher beliau tatkala beliau sedang solat?, padahal solat adalah amalan yang paling mulia di sisi Allah dan Allah telah memerintahkan kita untuk sentiasa khusyuk dan konsentrasi dalam solat. Keadaan Nabi yang menggendong Umamah tidaklah bertentangan dengan kekhusyukan yang diperintahkan dalam solat. Nabi khuwatir akan memberatkan Umamah (si kecil cucu beliau) kalau beliau membiarkannya dan tidak digendong dalam solat. Pada sikap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ini merupakan teladan yang paling besar bagi kita, maka hendaknya kita meneladani beliau dalam menyayangi anak-anak baik masih kecil maupun yang besar, serta berlemah lembut kepada mereka” (Syarah Sahih Bukhari karya Ibnu Batthal, 9/211-212)

Ibnu Bathal rahimahullah mengatakan, “(Orang tua) diperbolehkan mencium anak-anak kecil di bahagian anggota tubuhnya yang manapun dan juga untuk anak yang telah besar selama bukan pada auratnya. Inilah pendapat majoriti ulama.” (Fathul Bari, 1/427)


Rujukan


Fatwa Soaljawab Islam no. 159539, 10142, 9595

Fatwa Islamweb no. 9009

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...