Tuesday 24 December 2019

Semakan dalil berkenaan amalan sebelum tidur


1.Tidur dlm Wudhu.
2.Tidur ke arah kanan.


Dalil 1-2
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ


“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)



3. Tidur dgn niat utk bangun solat malam (1/3 pagi)

Dalil

مَنْ كَانَتْ لَهُ صَلَاةٌ صَلَّاهَا مِنْ اللَّيْلِ فَنَامَ عَنْهَا كَانَ ذَلِكَ صَدَقَةً تَصَدَّقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ وَكَتَبَ لَهُ أَجْرَ صَلَاتِهِ

Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya (HR. Nasaie no. 1763, sahih al-Albani)


4.Mengucap kalimah syahadah


Takhrij


Tidak dijumpai asal dari amalan sunnah. Syeikh Saleh Fauzan mengatakan amalan ini tidak ada dalilnya (http://www.alfawzan.af.org.sa/ar/node/16301).



5. Menghayati pembacaan Ayatul-Kursi.


Dalil


وَكَّلَنِى رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ ، فَأَتَانِى آتٍ ، فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ ، فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – . فَذَكَرَ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِىِّ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ ، وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ . فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « صَدَقَكَ وَهْوَ كَذُوبٌ ، ذَاكَ شَيْطَانٌ »


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menugaskan aku menjaga harta zakat Ramadhan kemudian ada orang yang datang mencuri makanan namun aku merebutnya kembali, lalu aku katakan, “Aku pasti akan mengadukan kamu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam“. Lalu Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan suatu hadith berkenaan masalah ini. Selanjutnya orang yang datang kepadanya tadi berkata, “Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi“. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syaitan“. (HR. Bukhari no. 3275)



6.Melafazkan Salawat 10 x


Takhrij


Tidak dijumpai dalam amalan sunnah, dan amalan ini terdapat dalam satu hadith palsu (Fatwa Soal Jawab Islam no. 99606 dan 30765, Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 4/462, 463).

4 atau 5 wasiat sebelum tidur kepada Aisyah ra atau Fatimah ra atau Ali ra yang dijumpai dalam kitab Tafsir Ruh al-Bayan oleh Isma’il Haqqi Al-Baraosawiy.


…… Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “. “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “



7. Membaca Surah Fatihah 4 x.


Dalil

إذا وضعتَ جنبَك على الفراشِ، وقرأتَ فاتحةَ الكتابِ و( قُلْ هَوَ اللهُ أَحَدٌ ) : فقد أَمنتَ من كل شيءٍ إلا الموتَ


Siapa saja yang membaca surah Al-Fatihah dan Al Ikhlas sebelum tidur, Insya Allah ia akan selamat dari segala hal selain sudah sampai diajalnya (Majma Zawaid 10/121, Targhib wa Tarhib 1/416, Dhaif al-Albani dalam Dhaif Targhibno. 347, didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 1/18)


8.  Membaca Surah Ikhlas 3 x.
9. Membaca Surah 4 Qul


Dalil 8-9


كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ


“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlah), ’Qul a’udzu birabbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birabbin naas’ (surat An Nas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)



قَالَ فَإِذَا أَخَذْتَ مَضْجَعَكَ فَاقْرَأْ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ثُمَّ نَمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنْ الشِّرْكِ


Jika engkau telah berada di tempat pembaringan maka bacalah; "QUL YA AYYUHAL KAFIRUN (surat Al Kafirun) kemudian tidurlah setelah selesai membacanya, sebab surat itu merupakan jaminan kebebasan dari syirik (HR. Darimi no. 3293, sahihul isnad, Husain Asad Daroni)


10. Mengucap Istighfaar
11. Memaafkan semua org sebelum tidur


Takhrij 10-11


Tidak dijumpai dalam amalan sunnah, dan amalan ini terdapat dalam satu hadith palsu (Fatwa Soal Jawab Islam no. 99606 dan 30765, Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 4/462, 463).

4 atau 5 wasiat sebelum tidur kepada Aisyah ra atau Fatimah ra atau Ali ra yang dijumpai dalam kitab Tafsir Ruh al-Bayan oleh Isma’il Haqqi Al-Baraosawiy.

…… “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau. “ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )


12. Akhir, "sesiapa yg membaca 'Bismillah' 21 x sebelum tidur, Allah akan memaklumkan kpd malaikat utk menulis segala kebaikan bagi setiap tarikan nafas si pembaca."


Takhrij


Tiada asal dari hadith Nabi saw anjuran sedemikian (Q&A Hadith, Dr. Rozaimi Ramle). Ia adalah saranan ulama (Imam Nawawi Bantani) sahaja seperti dikutip dari Imam Ahmad as-Shawi dalam Kitabnya  Kasyifatus Saja hal. 6:-


ومن خواصها اذا تلاها شخص عند النوم احدى وعشرين مرة امن تلك الليلة من الشيطان وامن بيته من السرقة وامن من موت الفجاة وغير ذلك من البلايا.


Di antara keistimewaan yang dimiliki basmalah, ketika seseorang membacanya sebanyak 21 kali sebelum tidur, maka pada malam itu ia akan terselamatkan dari gangguan syaitan, dari kemalingan, dari mati mendadak, dan bencana yang lainnya

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...