Matan hadith
حَدَّثَنَا عَبْد اللَّهِ حَدَّثَنَا أَبُو إِبْرَاهِيمَ التَّرْجُمَانِيُّ
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ عَنِ ابْنِ أَبِي فَرْوَةَ عَنْ مُحَمَّدِ
بْنِ يُوسُفَ عَنْ عَمْرِو بْنِ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَةُ تَمْنَعُ
الرِّزْقَ
Terjemahan
Telah menceritakan kepada kami Abdullah, Telah menceritakan kepada kami
Abu Ibrahim At Turjumani Telah menceritakan kepada kami Isma'il Bin 'Ayyasy
dari Ibnu Abi Farwah dari Muhammad Bin Yusuf dari 'Amru Bin Utsman Bin Affan
dari bapaknya dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidur pagi dapat menolak rizeki."
Kedudukan Hadith:
Hadis ini adalah hadis palsu. Hadis ini dilabelkan sebagai palsu oleh al
Hasan Ibnu Muhammad al Shaghani dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd.
Fattah Abu Ghuddah [Al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadith al Maudhu’ hal. 230].
Manakala di antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula
ialah al Haithami [Majma’ al Zawaaid no. 6091.], Ahmad Syakir [Musnad Ahmad
2/4], Muhammad Nasiruddin al Albani [Dhaif al Jami’ as Shaghir no. 1484 dan
3531] dan Syuaib al Arnauth [Takhrij Musnad Ahmad no. 530].
Ulasan:
Tiada tegahan dan tiada pula suruhan ke arah perkara ini. Perkara ini
dilakukan mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan. Sedangkan sesiapa sahaja
yang ingin mencari hadis ini pasti akan menemui bahawa para ulama hadis yang
terkenal telah mengkritik hadis ini sekaligus menjadikannya hadis yang tidak
sahih. Ada pula yang berhujah bahawa logik akal menyokong hadis ini kerana
orang yang bekerja akan lewat ke tempat kerja dan tidak dapat menjalankan tugas
sekiranya tidur selepas subuh. Mereka seolah-olah lupa bahawa ada juga
masyarakat kita yang bekerja pada waktu petang dan malam. Adakah mereka tidak
dapat menjalankan tugas jika tidur selepas subuh?
Persoalan rezeki ini adalah persoalan besar dan untuk menyatakan sesuatu
perkara itu menghalang rezeki, kita memerlukan hujah dan dalil yang kuat
daripada Al Quran atau hadis sahih. Terdapat beberapa perkara lagi yang
dikatakan menghalang rezeki seperti minum daripada gelas sumbing, menjahit baju
di badan sendiri dan lain-lain lagi tetapi semuanya tidak mempunyai dalil atau
hujah daripada Al Quran atau hadis sahih.
No comments:
Post a Comment