Kisahnya :
Al-Qamah adalah seorang ahli
ibadat yang sangat sangat banyak beribadat di zaman Rasulullah. Beliau
mempunyai seorang ibu. Tetapi selepas berkahwin, beliau dilihat sangat
memberikan perhatian pada isterinya sahaja sehingga mengabaikan ibunya.
Sikap Alqamah ini membuatkan ibunya berasa kecewa dan terasa hati.
Ibunya tidak dapat memaafkan sikap alqamah. Apabila alqamah menghadapi
saat-saat kematian, beliau tidak dapat melafazkan syahadah. Saat kematiannya
sangat sukar sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Lalu Rasulullah datang, baginda terus bertanya adakah lelaki ini masih
mempunyai ibu? sahabat menjawab masih ada. Rasulullah mengarahkan supaya ibunya
dipanggil dan memohon ibunya agar memaafkan segala kesalahan al-Qamah.
Ibunya tidak mahu lantaran perasaan kecewa dan sakit hati yang masih
terasa di hati akibat sikap derhaka alqamah. Akhirnya Rasulullah mengarahkan
lain mengumpulkan kayu api untuk membakar alqamah agar dia cepat mati. Mendengar
keputusan Rasulullah, ibunya berubah fikiran.
Ibu mana yang sanggup melihat anak kandungnya diperlakukan sedemikian.
Lantas, ibunnya bersetuju untuk memaafkan segala kesalahan alqamah. Selepas
sahaja si ibu memaafkan alqamah dapat melafazkan kalimah syahadah dan terus
meninggal dunia.
Takhrij
Kisah ini dnukilkan dalam kitab Al-Kaba’ir
yang disandarkan kepada Al-Hafiz az-Zahabi.
Padahal kitab Al-Kaba’ir yang terdapat kisah ini bukanlah karangan Imam
az-Zahabi, sebagaimana hal ini dijelaskan oleh Syaikh Masyhur Hasan Salman
dalam kitab beliau Kutubun Hadzara Minha Ulama’ juga dalam muqaddimah kitab
az-Zahabi yang sebenarnya (Qashashun La Tatsbut, Syaikh Masyhur Hasan Alu
Salman, 3/19 no. 21).
Matan hadith
أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ الله الْحَافِظُ ، نا أَبُو عُمَرَ مُحَمَّدُ
بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ الزَّاهِدُ صَاحِبُ ثَعْلَبٍ بِبَغْدَادَ ، نا مُوسَى بْنُ
سَهْلٍ الْمُوسِيُّ ، نا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، أنا فَائِدُ بْنُ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ ، قَالَ : سَمِعْتُ عَبْدَ الله بْنَ أَبِي أَوْفَى ، قَالَ : جَاءَ
رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : " يَا
رَسُولَ الله ، إِنَّ هَاهُنَا غُلامًا قَدِ احْتُضِرَ يُقَالُ لَهُ قُلْ : لا
إِلَهَ إِلا الله فَلا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَقُولَهَا ، قَالَ : أَلَيْسَ قَدْ كَانَ
يَقُولُهَا فِي حَيَاتِهِ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : فَمَا مَنَعَهُ مِنْهَا
عِنْدَ مَوْتِهِ ؟ قَالَ : فَنَهَضَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَنَهَضْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى الْغُلامَ ، فَقَالَ : يَا غُلامُ قُلْ : لا
إِلَهَ إِلا الله ، قَالَ : لا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقُولَهَا ، قَالَ : وَلِمَ ؟
قَالَ : لِعُقُوقِ وَالِدَتِي ، قَالَ : أَحَيَّةٌ هِيَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، قَالَ
: أَرْسِلُوا إِلَيْهَا ، فَأَرْسَلُوا إِلَيْهَا فَجَاءَتْ ، فَقَالَ لَهَا
رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ابْنُكِ هُوَ ؟ قَالَتْ : نَعَمْ ،
قَالَ : أَرَأَيْتِ لَوْ أَنَّ نَارًا أُجِّجَتْ فَقِيلَ لَكَ : إِنْ لَمْ
تَشْفَعِي لَهُ قَذَفْنَاهُ فِي هَذِهِ النَّارِ ، قَالَتْ : إِذًا كُنْتُ
أَشْفَعُ لَهُ ، قَالَ : فَأَشْهِدِي الله ، وَأَشْهِدِينَا مَعَكِ بِأَنَّكَ قَدْ
رَضِيتِ ، قَالَتْ : قَدْ رَضِيتُ عَنِ ابْنِي ، قَالَ : يَا غُلامُ ، قُلْ : لا
إِلَهَ إِلا الله ، فَقَالَ : لا إِلَهَ إِلا الله ، فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى
الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ
" ،
Hadith yang menyebutkan kisah ini secara umum diriwayatkan oleh Imam
Ahmad, 4/382, Baihaqi dalam Syuabul Iman, 6/197 (lafaz hadith) dan dalam
Dala’il Nubuwwah, 6/205-206. Semuanya
dari jalan Yazid bin Harun berkata, telah menceritakan kepada kami Fa’id bin
Abdur Rahman berkata, saya mendengar Abdullah bin Abu Aufa berkata, ada
seseorang yang datang kepada Rasulullah seraya berkata, “Wahai Rasulullah, di
sini ada seorang pemuda yang sedang sakaratul maut, dia disuruh untuk
mengucapkan syahadat namun tidak bisa mengucapkannya.” Maka, Rasulullah
bertanya, “Bukankah dia mengatakannya selama hidupnya?” Dijawab, “Ya, wahai
Rasulullah.” Rasulullah kembali bertanya, “Lalu apa yang menghalanginya untuk
mengucapkan syahadat saat akan mati?” … Lalu selanjutnya diceritakan tentang
kisah pemuda itu yang durhaka kepada ibunya dan keinginan Rasulullah untuk
membakarnya yang akhirnya ibunya meridhainya dan diapun bisa mengucapkan
syahadat lalu meninggal dunia, dan akhirnya Rasulullah bersabda, “Segala puji
bagi Allah yang menyelamatkannya dari api Neraka.”
Kisah ini lemah sekali.
Para ulama melemahkan hadith ini, di
antaranya:
• Imam Ahmad dalam Musnad beliau – beliau tidak
meredhai hadith Faid bin Abdul Rahman, kerana pada pendapatnya Faid bertaraf matruk
al-Hadis
•
Al- Uqaili dalam Dhu’afa al-Kabir, 3/461- cerita dusta
•
Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 6/197-198 – Tafarrudnya Farid Abu
Warqa’, dia tidak kuat.
•
Ibnul Jauzi dalam Al-Maudhu’at, 3/37 – tidak sahih
•
Al-Mundziri dalam At-Targhib wat Tarhib, 3/222
•
Az-Zahabi dalam Tartibul Maudhu’at, no. 874
•
Al-Haitsami dalam Majma’uz Zawa’id, 8/148 - terdapat perawi matruk
bernama Faid Abu Warqa’
•
Ibnu ‘Araq dalam Tanzih Syari’ah, 2/296 – tidak sahih
• as-Syawkani
dalam Fawaid Majmu’ah no. 231
• as-Suyuthi
dalam al-Laali’ al-Masnu’ah 2/251
• Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3183 – palsu
Rujukan
https://kisahmuslim.com/84-alqomah-durhaka-kepada-ibu.html
https://services.iacad.gov.ae/SmartPortal/ar/fatwa/PublishedFatwa/Details/32158
No comments:
Post a Comment