Wednesday, 27 November 2019

Hadith Allah swt membanggakan orang yang bangun/solat malam dan akan dikurniakan syurga


Teks hadith

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba bangun dari kelazatan tidur padahal matanya masih mengantuk untuk menyenangkan Allah SWT dengan melakukan solat tahajud, maka Allah akan membanggakannya di hadapan para malaikat. Tuhan berkata, “Bukankah kalian melihat hambaKu bangun dari kelazatan tidur untuk melakukan solat yang tidak aku wajibkan kepadanya, saksikanlah bahawa aku telah mengampuni dosanya!”


Takhrij

Hadith ini tidak ditemui redaksinya oleh saya dalam Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disebarkan dalam media sosial. Hasil pencarian, hadith ini dijumpai  dari buku “Maka Bertahajudlah: Berdua dengan Tuhan” cetakan ke-6 yang diterjemahkan oleh Muhammad Andi dari buku “The Night Prayer (Salat al-Layl), diterbitkan oleh Al-Huda tahun 2006, hal. 146 dan buku ini https://qfatima.com/wp-content/uploads/2017/11/SALATUL-LAYL.pdf. Kedua-dua buku ini mengutip sumber-sumber dalil secara majoritinya dari Kitab Syiah seperti Bihar Al-Anwar, 87/161 dan Irshad Al-Qulub hal. 316. Juga didapati dalam web https://www.imamreza.net/old/eng/imamreza.php?id=331, hadith no. 9.


Akan tetapi, terdapat hadith-hadith yang hamper maknanya seperti hadith di atas dalam kitab sunnah:-


1.Matan hadith

أَلاَ إِنَّ اللهَ يَضْحَكُ إِلَى رَجُلَيْنِ: رَجُلٌ قَـامَ فِيْ لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ مِنْ فِرَاشِهِ وَلِحَافِهِ وَدِثَارِهِ، فَتَوَضَّأَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، فَيَقُوْلُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلاَئِكَتِهِ: مَا حَمَلَ عَـبْدِيْ هَذَا عَلَى مَا صَنَعَ؟ فَيَقُوْلُوْنَ: رَبُّنَا رَجَاءً مَا عِنْدَكَ وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدَكَ، فَيَقُوْلُ: فَإِنِّي قَدْ أَعْطَيْتُهُ مَا رَجَا وَأَمَّنْتُهُ مِمَّا يُخَافُ.

Terjemahan

“Ketahuilah, sesungguhnya Allah tertawa terhadap dua orang laki-laki: Seseorang yang bangun pada malam yang dingin dari tempat tidur dan tilamnya, lalu ia berwudhu’ dan melakukan solat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada para MalaikatNya, ‘Apa yang mendorong hambaKu melakukan ini?’ Mereka menjawab, ‘Wahai Rabb kami, ia melakukan ini kerana mengharap apa yang ada di sisiMu dan takut dari apa yang ada di sisiMu pula.’ Allah berfirman, ‘Sesungguhnya Aku telah memberikan kepadanya apa yang ia harapkan dan memberikan rasa aman dari apa yang ia takutkan.'

Takhrij

HR. Ahmad 1/416, Ibnu Hibban 6/297, al-Hakim 2/112, Ibnu ‘Ashim dalam as-Sunnah, 1/249 dari Abdullah bin Mas’ud ra. Al-Hakim berkata: “Sanad hadith ini sahih.” Penilaian al-Hakim disetujui oleh az-Zahabi. Syeikh al-Albani berkata dalam Sahih Targhib no. 630, haith ini sahih lighairih. Sedangkan al-Haitsami berkata sanadnya hasan dalam Majma Zawaid 2/258.



2.Matan hadith

عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ رَجُلٍ ثَارَ عَنْ وِطَائِهِ وَلِحَافِهِ ، مِنْ بَيْنِ أَهْلِهِ وَحَيِّهِ إِلَى صَلَاتِهِ ، فَيَقُولُ رَبُّنَا : أَيَا مَلَائِكَتِي ، انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي ، ثَارَ مِنْ فِرَاشِهِ وَوِطَائِهِ ، وَمِنْ بَيْنِ حَيِّهِ وَأَهْلِهِ إِلَى صَلَاتِهِ ، رَغْبَةً فِيمَا عِنْدِي ، وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدِي

Terjemahan

Allah takjub terhadap seorang laki-laki yang bangun dari tempat tidur dan tilamnya meninggalkan keluarga dan kekasihnya untuk mengerjakan solat. Allah menyerukan: 'Wahai Malaikat-MalaikatKu, lihatlah hambaKu itu, ia bangun dari pembaringan dan tilamnya meninggalkan keluarga dan kekasihnya untuk mengerjakan solat, demi mengharapkan pahala di sisiKu dan merindukan apa yang ada di sisiKu.

Takhrij

HR. Ahmad no. 3949, Ibnu Khuzaimah dalam Tauhid 2/895 dan Ibnu Hibban no. 2557  dari Ibnu Mas’ud ra. Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Ibnu Hibban. Ahmad Syakir berkata sanadnya sahih.


3.Matan hadith

لاثة يحبهم الله ويضحك إليهم ويستبشر بهم الذي إذا انكشفت فئة قاتل وراءها بنفسه لله عز وجل ، فإما أن يقتل وإما أن ينصره الله ، ويكفيه ، فيقول : انظروا إلى عبدي هذا كيف صبر لي بنفسه ، والذي له امرأة حسنة ، وفراش لين حسن فيقوم من الليل ، فيقول : يذر شهوته فيذكرني ولو شاء رقد ، والذي إذا كان في سفر ، وكان معه ركب فسهروا ثم هجعوا ، فقام من السحر في سراء وضراء

Terjemahan

Ada tiga golongan yang kelak dicintai Allah dan Allah tertawa kepada mereka sambil memberikan khabar gembira. Iaitu orang yang apabila melihat perang berkecamuk, dia segera ikut berperang di belakang orang-orang, kerana Allah. Dia tidak peduli apakah nanti terbunuh atau diselamatkan Allah. Yang demikian itu cukup baginya, dan Allah berkata kepada para malaikat, ‘Lihatlah hambaku ini bagaimana dia begitu sabar demi Aku’. Kemudian orang yang memiliki isteri cantik dan tilam yang empuk dan bagus, tetapi dia bangun di malam hari. Maka Allah berkata, ‘Dia mengabaikan syahwatnya demi mengingatiKu. Padahal kalau mahu, dia boleh sahaja tidur’. Kemudian, orang yang dalam musafir bersama rombongan, semua orang bangun lalu kembali tidur, maka dia tetap terjaga pada waktu sahur dalam keadaan lelah atau santai.


Takhrij

HR. Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat no. 983 dan Thabarani seperti disebutkan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/245, dari Abu Darda’ ra.

Sanadnya dihasankan oleh al-Dimyathi dalam al-Mutajir al-Rabih no. 72 dan al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 2/286, 1/297.

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 2/258, mengatakan, para perawi hadith ini terpecaya

Syeikh al-Albani mengatakan hadith ini hasan dalam Sahih Targhib no. 629 dan dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3478, beliau mengatakan isnadnya hasan dan mempunyai syawahid.


4.Matan hadith

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ

Terjemahan

Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia tertidur nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2485 dan Ibnu Majah no. 1334, dari Abdullah bin Salam.

Hadith ini disahihkan oleh Tirmidzi dalam Sunannya dan Syeikh al-Albani dalam Sahih Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah.


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 145706

https://www.al-islam.org/salatul-layl-tahera-kassamali-hasnain-kassamali/hadith-salatul-layl

https://www.academyofislam.com/reflection-no-317-on-q-5116-17-salatul-layl/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...