Wednesday, 1 January 2020

Hadith doa wudhu Allahumma ashlih lii dini wawassi' 'alayya fii dzati wa baarik lii fi rizqii




Matan dan sanad hadith


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ وَسَمِعْتُهُ أَنَا مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ عَبَّادِ بْنِ عَبَّادٍ عَنْ أَبِي مِجْلَزٍ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ وَصَلَّى وَقَالَ اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي وَوَسِّعْ عَلَيَّ فِي ذَاتِي وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي



Terjemahan

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad -dan saya mendengarnya dari Abdullah bin Muhammad bin Abu Syaibah- Telah menceritakan kepada kami Mu'atamir bin Sulaiman dari Abbad bin Abbad dari Abu Mijlaz dari Abu Musa ia berkata; Saya mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan membawa air wudhu, lalu beliau berwudhu dan solat. Kemudian beliau berdo'a: "ALLAHUMMA ASHLIH LII DINI WAWASSI' 'ALAYYA FII DZATI WA BAARIK LII FI RIZQII (Ya Allah, perbaikilan urusan agamaku, lapangkanlah dadaku dan berkahilah rezekiku)."


Takhrij

HR. Ahmad no. 18753, Sunan Kubra an-Nasaie no. 9514, dari Abu Musa al-Asyaari ra.

Sanadnya disahihkan oleh An-Nawawi dalam al-Azkar hal. 29, manakala Syeikh Thariq 'Atif berkata sanadnya dhaif dalam Takhrij al-Azkar.

Disahihkan oleh Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma'ad 2/354.

Juga disahihkan oleh Ibn Mulaqqin dalam al-Badarul Munir 2/279.

Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini hasan lighairih dalam Takhrij Musnad. Dan berkata sanadnya sahih dalam Takhrij Zaadul Ma'ad 2/354.

Manakala hadith ini didhaifkan oleh Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar 1/263.

Syeikh al-Albani juga menilai hadith ini dhaif dalam Tamamul Minnah hal. 95, kerana terdapat keterputusan sanad.

Yang dirajihkan oleh Syeikh Shalih Munajid adalah hadith ini dhaif kerana keterputusan sanad. Al-Mijlaz tidak mendengar dari Abu Musa ra.

Doa dalam hadith ini diperselisihkan ulama di mana tempat untuk dibacakan doa tersebut, apakah selepas solat, sebelum wudhu atau selepas wudhu.

Yang dirajihkan oleh Syeikh Shalih Munajid adalah selepas solat atau ketika solat.

Wallahu 'alam



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 272749

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...