Matan hadith
عَنْ
مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِنَّ
أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ». قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ
الأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِىَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا
إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِى الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ
عِنْدَهُمْ جَزَاءً »
Terjemahan
Dari Mahmud bin
Labid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang
paling ku khuatirkan akan menimpa kalian adalah syirik ashgar.” Para sahabat
bertanya, “Apa itu syirik ashgar, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “(Syirik
ashgar adalah) riya’. Allah Ta’ala berkata pada mereka yang berbuat riya’ pada
hari kiamat ketika manusia mendapat balasan atas amalan mereka: ‘Pergilah
kalian pada orang yang kalian tujukan perbuatan riya’ di dunia. Lalu lihatlah
apakah kalian mendapatkan balasan dari mereka?’
Takhrij
HR. Ahmad no.
23630, 23631, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 6831 dan al-Baghawi dalam
Syarhus Sunnah no. 4135. Syeikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadith ini
hasan hanya saja sanadnya terputus, dan para perawinya tsiqah.
No comments:
Post a Comment