Wednesday, 8 January 2020

Hadith talqin di kuburan




Hadith pertama


Matan


وَعَنْ ضَمْرَةَ بْنِ حَبِيبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – أَحَدِ التَّابِعِينَ – قَالَ : كَانُوا يَسْتَحِبُّونَ إذَا سُوِّيَ عَلَى الْمَيِّتِ قَبْرُهُ ، وَانْصَرَفَ النَّاسُ عَنْهُ .أَنْ يُقَالَ عِنْدَ قَبْرِهِ : يَا فُلَانُ ، قُلْ : لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، يَا فُلَانُ : قُلْ رَبِّي اللَّهُ ، وَدِينِي الْإِسْلَامُ ، وَنَبِيِّي مُحَمَّدٌ ، رَوَاهُ سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ مَوْقُوفًا – وَلِلطَّبَرَانِيِّ نَحْوُهُ مِنْ حَدِيثِ أَبِي أُمَامَةَ مَرْفُوعًا مُطَوَّلًا .

Terjemahan

Dari Dhamrah bin Habib, seorang tabiin, “Mereka (iaitu para sahabat yang beliau jumpai) menganjurkan jika kubur seorang mayat sudah diratakan dan para pengantar jenazah sudah bubar supaya dikatakan di dekat kuburnya, ‘Wahai fulan katakanlah laa ilaha illallah 3x. Wahai fulan, katakanlah ‘Tuhanku adalah Allah. Agamaku adalah Islam dan Nabiku adalah Muhammad”


Takhrij

HR. Said bin Manshur secara mauquf (dinisbatkan kepada sahabat) seperti disebutkan Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram no. 546. Ibn Baaz dalam Hashiyyah Bulughul Maram no. 364 menilai hadith ini dhaif jiddan dan zahirnya mendekati maudhu. Manakala Syeikh Utsaimin dalam Syarah Bulughul Maram 2/604 menilai hadith ini sahih.





Hadith kedua


Matan


[إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء” .


Terjemahan

“Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah SAW telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka tanam dan berdirilah seorang dikalangan kamu pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah SWT merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan: Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah hamba & rasulNya, dan engkau telah meredhai dengan Allah SWT sebagai tuhan mu dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-Qur’an itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”. Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah SAW, wahai Rasulullah… Bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah SAW menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawa”.


Takhrij

HR.at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 8/249, no. 7979, dari Abu Umamah al-Bahili ra.

Ibnu Hajar berkata – sanadnya soleh dan ada syawahid dalam Talkhish 2/698, manakala di dalam Futuhat Rabbaniyyah 4/196 beliau menilai hadith ini gharib dan sanadnya dhaif jiddan.

An-Nawawi dalam Majmu’ 5/304  - sanadnya dhaif, dan beliau mendhaifkannya dalam al-Mansurat no. 53.

Al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’ 5/245 – sanadnya dhaif.

As-Syaukani dalam Nailul Authar 4/139 – Dhaif kerana perawi Ashim bin Abdullah dhaif.

As-Sakhawi dalam Maqasid Hasanah no. 194 – ada syawahid.

As-Shan’ani dalam Subulus Salam 2/180 – dhaif.

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 3/48, 2/327 - sanadnya terdapat ramai perawi yang tidak aku dikenali.

Ibnu Qayyim dalam Zaadul Maad 1/503 - tidak sahih.

Al-Rabaie dalam Fathul Ghaffar 2/762 – tidak sahih.

Kata Ibn al-Mulaqqin dalam Al-Badrul Munir 5/338 mengenai hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabarani di atas yang menjadi asas mengenai talqin ini: al-Shaikh Taqiyyuddin bin al-Salah berkata: Hadith ini sanadnya tidak lurus, لَيْسَ بالقائم tetapi dikuatkan dengan beberapa syawahid dan dengan amalan penduduk negeri Sham dari zaman dahulu.

Kata Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Hashiyah Ibn al-Qayyim `Ala Sunan Abi Daud 13/199, hadith ini disepakati kedhaifannya, oleh itu ia tidak menjadi hujah.

Syeikh al-Albani dalam Irwaúl Ghalil 3/203 – dhaif. Dalam Silsilah Hadith Dhaif 2/65 beliau menilai hadith ini munkar jika tidak palsu.


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...