Wednesday, 11 March 2020

Hadith kelebihan meninggal di tempat bukan kelahiran



Matan hadith


وُفِّيَ رَجُلٌ بِالْمَدِينَةِ مِمَّنْ وُلِدَ بِالْمَدِينَةِ فَصَلَّى عَلَيْهِ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ فَقَالَ ‏"‏ يَا لَيْتَهُ مَاتَ فِي غَيْرِ مَوْلِدِهِ ‏"‏ ‏.‏ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ النَّاسِ وَلِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا مَاتَ فِي غَيْرِ مَوْلِدِهِ قِيسَ لَهُ مِنْ مَوْلِدِهِ إِلَى مُنْقَطَعِ أَثَرِهِ فِي الْجَنَّةِ


Terjemahan

Seorang lelaki telah meninggal dunia di Madinah yang mana dia di antara manusia yang lahir di Madinah. Maka Rasulullah S.A.W pun solat ke atas jenazahnya lalu bersabda: Alangkah bagusnya sekiranya dia meninggal dunia di tempat selain tanah kelahirannya. Maka seorang lelaki pun bertanya: Mengapakah begitu wahai Rasulullah ? Jawab baginda S.A.W: Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila dia meninggal dunia di selain tempat kelahirannya maka akan diukur buatnya jarak daripada tempat kelahiran sehinggalah tempat dia meninggal itu di syurga.


Takhrij

HR. Ahmad no. 6656, an-Nasa'i no. 1832, dan Ibnu Majah no. 1614, dihasankan oleh Syeikh al-Albani.

Kata Imam al-Sindi Rahimahullah apabila mengulas berkenaan hadith ini: Boleh jadi hadith ini tidak warid dengan lafaz tersebut iaitu mudah-mudahan lelaki itu tidak mati di Madinah. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah: Alangkah bagusnya jika lelaki ini seorang asing yang sedang berhijrah di Madinah lalu meninggal dunia di dalamnya. Hal ini supaya ia tidak bercanggah dengan hadith-hadith lain yang menceritakan berkenaan fadhilat meninggal dunia di Madinah (Hasyiah al-Sindi hal. 306).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...