Friday, 20 March 2020

Kisah Umar menegur orang perut buncit


Matan atsar


وأخرج أبو نعيم عن عمر بن الخطاب قال: إياكم والبطنة في الطعام والشراب فإنها مفسدة للجسد، مورثة للسقم، مكسلة عن الصلاة، وعليكم بالقصد فيهما فإنه أصلح للجسد، وأبعد من السرف، وأن الله تعالى ليبغض الحبر السمين، وإن الرجل لن يهلك حتى يؤثر شهوته على دينه.


Terjemahan

Umar berkata: “Hai sekalian manusia, hai sekalian manusia. Hindari perut yang besar. Kerana membuat kalian malas menunaikan solat, merosak organ tubuh, menimbulkan banyak penyakit. Makanlah kalian secukupnya. Agar kalian semangat menunaikan solat, terhindar dari sifat boros, dan lebih giat beribadah kepada Allah, sesungguhnya Allah membenci orang yang gemuk. Seseorang itu tidak akan binasa sehinggalah keinginnannya mempengaruhi agamanya.


Takhrij

HR. Abu Nuaim al-Asfahani dalam Tibb al-Nabawi 1/243; Durar al-Mansur 3/149; Hayatus Sahabah 3/530 ; Ibn Jauzi dalam Manaqib Amirul Mukminin Umar al-Khattab hal. 178 menilai sanad atsar ini dhaif.

as-Sakhawi dalam al-Maqasid hal. 125, juga menilai atsar itu tidak sahih. Sanadnya terdapat perawi yang dijarh Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai nuqqad sebagai pendusta, matruk, peyebar hadith palsu, iaitu Ma’ali bin Hilal al-Hadhrami (al-Jarh wa Ta’dil 8/331, Tahdzib al-Kamal 28/298, Mizan I’tidal 4/152).



Mula Ali Qari mengatakan,


وَأَمَّا مَا وَرَدَ أَنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ السَّمِينَ ; فَمَحْمَلُهُ إِذَا نَشَأَ عَنْ غَفْلَةٍ وَكَثْرَةِ نِعْمَةٍ حِسِّيَّةٍ كَمَا يَدُلُّ عَلَيْهِ رِوَايَةُ يُبْغِضُ اللَّحَّامِينَ

Riwayat yang menunjukkan bahawa Allah membenci orang gemuk, difahami jika gemuk ini terjadi kerana kelalaian, terlalu banyak menikmati kenikmatan zahir, sebagaimana yang ditunjukkan dalam riwayat tentang kebencian bagi orang gemuj. (Jam’ul Wasail fi Syarh as-Syamail, 1/34).



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 137177


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...