Hadith tular
من
احب شيئا تكون عبدا على ما حبه
Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya “Seseorang
akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari)
Ulasan
Tidak dijumpai matan menyebutkan sedemikian rupa dalam
Sahih Bukhari. Hasil carian menjumpai ia sekadar pepatah arab.
Siapa cinta sesuatu, cenderung menjadi hamba atas
sesuatu yang dicintainya (Eko Supriyanto, Mengecap Surga di Dunia, 2013, hal
95).
Makna yang hampir serupa
Dari perkataan Ibnu Qayyim dalam Raudhatul Muhibbin
hal. 224
“Orang yang berkenaan akan menumpahkan segala
cintanya hanya kepada objek yang dicintainya”.
Buku tasawuf : Khazanah Cinta Ilahi oleh Dr Rushdi
ramli hal. 67
“Dia menjadi hamba kepada objek yang diharapkan
pertolongan di mana tahap tinggi rendahnya kehambaan itu”.
Berdasarkan dalil/ nas paling hampir pula adalah:-
Dalam kitab al-Maqasid al-Hasanah karangan al-Sakhawi,
terdapat sebuah hadith yang mashur tentang cinta.
حبٌك
الشيئ يعمي و يصم
“Cintamu pada sesuatu akan membuatmu buta dan
tuli”. (HR. Abu Daud no. 5130, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani)
Al-Sakhawi mengatakan bahawa hadith di atas berasal
dari Sahabat Abu Darda’ dari Ayahnya, yang diriwayatkan Abu Daud dan
al-‘Askari dari jalur sanad Baqiyah bin Walid (dhaiful isnad). Sedangkan Ahmad meriwayatkan
dari jalur sanad Syuraih bin Yazid.
Abu Daud tidak berkomentar tentang darjat hadith
ini, sementara terdapat ulama yang mendhaifkan hadith tersebut, seperti
al-Shan’ani. Namun menurut al-Sakhawi jika berdasarkan penjelasan Abu Daud
dalam Risalah Ila Ahli Makkah, hadith yang tidak diberi keterangan dalam
sunannya bererti hadith tersebut soleh al-hadith, hadith hasan dengan kriteria
terendah dalam tingakatan ta’dil. Hadith yang tidak diberi keterangan oleh Abu
Daud bukan bererti hadith dhaif apalagi maudhu’, sebab jika benar, pasti Abu Daud
biasanya akan menjelaskan sebab kedhaifan atau kemaudhuan hadith itu. (Maqasid
hasanah no. 381)
Menukil penjelasan al-‘Askhary, menurut al-Sakhawi
dalam hadith ini Nabi ingin memberikan penjelasan bahawa cinta terkadang boleh
membutakan seseorang dari jalan yang penuh dengan petunjuk Allah, serta dapat menghalang untuk mendengar kalam kebenaran.
Maka, lanjut al-Sakhawi, seseorang yang mengalami
cinta yang hebat dalam hatinya terhadap orang yang ia kasihi namun tidak
dikendalikan oleh akal dan agamanya, maka cinta itu akan membuat ia tuli dan
buta.
No comments:
Post a Comment