Tuesday, 19 May 2020

Hadith sentuhan syaitan di wajah ahli ibadah




Matan hadith

[عن أنس بن مالك:] كان في عهدِ رسولِ اللهِ ﷺ رجلٌ يُعجبُنا تعبُّدُه واجتهادُه فذكرناه لرسولِ اللهِ ﷺ باسمِه فلم يعرِفْه ووصفناه بصفتِه فلم يعرفْه فبينا نحنُ نذكرُه إذ طلع الرجلُ قلنا ها هو ذا قال إنكم لَتخبروني عن رجلٍ إن على وجههِ سفعةٌ من الشيطانِ فأقبل حتى وقف عليهم ولم يُسلِّمْ فقال له رسولُ اللهِ ﷺ نشدتك باللهِ هل قلتَ حينَ وقفت على المجلسِ ما في القومِ أحدٌ أفضلُ مني قال اللهمَّ نعم ثم دخل يصلِّي فقال رسولُ اللهِ ﷺ من يقتلُ الرجلَ فقال أبو بكرٍ أنا فدخل عليه فوجده قائمًا يصلِّي فقال سبحانَ اللهِ أقتلُ رجلًا يصلِّي وقد نهى رسولُ اللهِ ﷺ عن قتلِ المصلين فخرج فقال رسولُ اللهِ ﷺ ما فعلتَ قال كرهتُ أن أقتلَه وهو يصلِّي وقد نهيتَ عن قتلِ المصلين قال عمرُ أنا فدخل فوجدَه واضعا وجهَه فقال عمرُ أبو بكرٍ أفضلُ مني فخرج فقال رسولُ اللهِ ﷺ مَهْ قال وجدتُه واضعًا وجهَه فكرهت أن أقتلَه فقال من يقتلُ الرجلَ فقال عليٌّ أنا فقال أنت إن أدركته قال فدخل عليه فوجدَه قد خرج فرجع إلى رسولِ اللهِ ﷺ فقال مهْ قال ما وجدتُه قال لو قُتِل ما اختلف في أمتي رجلانِ كان أولَهم وآخرَهم، قال موسى سمعت محمدَ بنَ كعبٍ يقولُ هو الذي قتلَه عليٌّ ذو الثُّدِيَّةِ


Terjemahan

Satu waktu, Rasulullah Saw sedang berkumpul bersama para sahabatnya. Sebagian mereka menceritakan tentang seorang lelaki kepada Rasulullah Saw. Mereka berulang kali memuji kehebatan ibadah ritualistik lelaki tersebut di hadapan beliau. Di tengah-tengah pujian mereka, tiba-tiba lelaki tersebut muncul dengan wajah masih basah dengan air wudhu; Buliran-buliran air wudhu masih menetes dari wajahnya. Lelaki tersebut berjalan sambil menjinjing sandalnya dengan kedua tangannya. Sementara di kening antara kedua matanya tampak bekas sujud, atsarus sujud. Tatkala melihat kedatangan lelaki tersebut, para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, inilah orang yang kami gambarkan tentang kehebatan ibadah dan kesalehannya kepada engkau”. Dengan ketajaman nubuwahnya, Rasulullah Saw memandang lelaki tersebut. Lalu beliau berkata yang membuat semua yang hadir tersentak.

أرى عل وجهه سفعة من الشّيطان

“Aku justru melihat sentuhan syaitan pada wajahnya.”

Kemudian lelaki tersebut mendekat, mengucapkan salam dan duduk kumpul bersama Rasulullah Saw dan para sahabat. Lalu Rasulullah Saw bertanya kepada lelaki itu, “Aku bertanya kepadamu dengan nama Allah, apakah ketika engkau datang kepada kaummu engkau berkata kepada dirimu sendiri bahawa tidak ada orang yang lebih baik daripada engkau di kalangan mereka?”

Lelaki itu pun menjawab, “Ya, benar”.

dan panjang lagi.....sehingga bahagian sahabat hendak membunuhnya lalu gagal


Takhrij


HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 83, al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin 3/341, daripada Anas bin Malik ra.

Terdapat perawi (Musa bin Ubaidah) yang matruk menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 6/228.

Ibnu Hajar pula berkata dalam al-Isabah 1/484, jalan turuq hadith ini sangat banyak.

Syeikh al-Albani pula menilai sanad hadith ini sahih menuruti syarat Muslim dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2495.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...