Thursday, 18 June 2020

Hadith doa Allahumma innii as'aluka bi annii usyhiduka annaka laa ilaaha illa anta, Al Ahad, Ash-Shamad, alladzii lam yalid walam yuulad walam yakun laka kufuwan ahad

Matan hadith


 أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلاً، يَقُولُ‏:‏ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، الأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‏:‏ لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالاِسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ‏.‏


Terjemahan

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mendengar seseorang membaca: Allahumma innii as'aluka bi annii usyhiduka annaka laa ilaaha illa anta, Al Ahad, Ash-Shamad, alladzii lam yalid walam yuulad walam yakun laka kufuwan ahad (Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu bahawa aku bersaksi kepada-Mu bahwasanya Engkau tidak ada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Esa, Yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Mu). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda: “Sungguh kamu telah memohon kepada Allah SWT dengan suatu Nama yang apabila Dia diminta dengan menggunakan Nama itu, maka Allah pasti memberi, dan apabila ia berdoa dengan menggunakan Nama itu, maka Allah pasti mengabulkannya.


Takhrij

HR. Ibnu Hibban no. 891, daripada Buraidah ra.

Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini sahih dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban no. 891.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...