Friday, 19 June 2020

Hadith keutamaan 10 surah


Matan hadith


 عَشْرٌ تَمْنَعُ عَشْرًا : سُوْرَةُ الفَاتِحَةِ تَمْنَعُ غَضَبَ الرَّبِّ وَسُوْرَةُ يس تَمْنَعُ عَطْشَ القِيَامَةِ وَسُوْرَةُ الدُّخَانِ تَمْنَعُ اَهْوَالِ القِيَامَةِ وَسُوْرَةُ الوَاقِعَةِ تَمْنَعُ الفَقْرَ وَسُوْرَةُ المُلْكِ تَمْنَعُ عَذَابَ القَبْرِ وَسُوْرَةُ الكَوْثَرِ تَمْنَعُ خُصُوْمَةَ الخُصَمَاءِ وَسُوْرَةُ الكَافِرُوْنَ تَمْنَعُ الكُفْرَ عِنْدَ النَّزْعِ وَسُوْرَةُ الإِخْلاَصِ تَمْنَعُ النِّفَاقَ وَسُوْرَةُ الفَلَقِ تَمْنَعُ حَسَدَ الحَاسِدِيْنِ وَسُوْرَة ُالنَّاسِ تَمْنَعُ الوَسْوَاسَ


Terjemahan

Sepuluh surah dalam al-Quran dapat mencegah sepuluh perkara, iaitu:
a. Surah al-Fatihah mencegah kemarahan Allah
b. Surah Yaasiin mencegah kehausan di hari kiamat
c. Surah ad-Dukhaan mencegah kesusahan di hari kiamat
d. Surah al-Waaqi’ah mencegah kefakiran
e. Surah al-Mulk mencegah siksa kubur
f. Surah al-Kautsar mencegah prmusuhan
g. Surah al-Kaafiruun mencegah kekufuran ketika dicabut ruh
h. Surah al-Ikhlaas mencegah kemunafikan
i. Surah al-Falaq mencegah iri hati seseorang
j. Surah an-Naas mencegah was-was


Takhrij

Hadith ini dikatakan dijumpai dalam kitab Misyaktul Masabih.

Syeikh Ahmad Syarif al-Na’san berkata hadith ini palsu naasan.net/hadith maudhu’ no. 24 dan 27. Juga dinilai palsu dalam dorar.net/fake hadith no. 83.

Abdullah bin Mubarak berkata:

Kuatnya sanggkaanku bahwa orang-orang zindiq (yang pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-riwayat itu (hadith-hadith tentang fadhilat surah-surah tertentu). Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata: Semua hadith yang mengatakan, barangsiapa membaca surat ini akan diberikan ganjaran begini dan begitu semua hadith tentang itu adalah palsu. Sesungguhnya orang-orang yang memalsukan hadith-hadith itu telah mengakuinya sendiri. Mereka berkata, tujuan kami membuat hadith-hadith palsu adalah agar manusia sibuk dengan (membaca surah-surah tertentu dari Al-Quran) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Quran yang lain, juga kitab-kitab selain Al-Quran. (Al-Manarul Munif fi Sahih Wa Dha’if, hal. 113-115).



Rujukan




Fatwa Syabakah Islamiyah no. 30147, 124798



No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...