Dalil yang digunakan oleh mereka menyatakan Allah di mana-mana
Matan Hadith
أَنْ يَعْلَمَ أَنَّ اللهَ
عَزَّ وَجَلَّ مَعَهُ حَيْثُ كَانَ
Terjemahan
Seseorang mengetahui bahawa Allah ‘azza wa jalla selalu bersamanya di
mana saja dia berada.
Takhrij
HR. Thabrani dalam Mu’jam As-Shagir 1/334 daripada Jabir bin Nafir ra,
Baihaqi 3/187. Hadith ini disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah
Hadith Sahih no. 1046.
Matan hadith
إِنَّ أفْضَلَ الإِيْمَانِ
أَنْ تَعْلَمَ أَنَّ اللهَ مَعَكَ حَيْثُمَا كُنْتَ
Terjemahan
Iman yang paling utama adalah engkau mengetahui bahawa Allah bersamamu
di mana saja engkau berada.
Takhrij
HR. At-Thabrani dalam Mu'jam al-Awsath 8/336 daripada Ubadah bin Shamit
ra. Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Albani
dalam Dhaif Jami’ no. 1002.
Bantahan
1
2-
Tidak pula
terdapat pertentangan antara dua dalil (Allah bersamamu dimana saja engkau berada dan Allah bersemayam di atas Arasy):-
a) Allah swt bersemayam di atas Arasy di langit – ini menunjukkan
keberadaan
b) Allah sentiasa bersama kita – ini menunjukkan kebersamaan
Allah itu memang sentiasa bersama makhluk-makhluknya dimanapun
makhlukNya berada. Kerana segala sesuatu dibawah kekuasaanNya.
Banyak ayat Quran menerangkan akan hal ini.
Allah Ta’ala berfirman,
هُوَ الَّذِي خَلَقَ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ
السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ
بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ “
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia
bersemayam di atas arsy . Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa
yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik
kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada . Dan Allah Maha
Melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Hadid 57:4).
Allah ta’ala berfirman,
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ
يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى
ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا
أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا
ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ
شَيْءٍ عَلِيمٌ “
Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang
ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang,
melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang,
melainkan Dialah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang
kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di
manapun mereka berad a. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada
hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui
segala - sesuatu.” (QS al-Mujadilah
58:7).
Allah Ta’ala berfirman,
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ
مَعَنَا
“Janganlah kamu berduka cita,
sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS. At Taubah 9 : 40)
إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ
وَأَرَى
“Sesungguhnya Aku beserta kamu
berdua, Aku mendengar dan melihat.” (QS. Thaha 20: 46)
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ اللَّهَ مَعَ
الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ
“Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. An Nahl
16 : 128)
وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ
مَعَ الصَّابِرِين
“Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar.” (QS. Al Anfal 8 : 46).
Dalil dalil diatas bila dicermati, jelas
menunjukkan Allah itu berada pada tempatNya di atas arasy.
Dan juga bersama makhluk-makhluknya baik secara umum ataupun khusus.
Fahamilah ayat Quran dengan insaf dan ilmu yang benar.
Syeikh Shalih Utsaimin berkata:-
Jika engkau masih belum mendapatkan kejelasan, wajib bagimu menempuh
jalan Ar-Rasikhuna fil ‘Ilmi (orang-orang yang kukuh ilmunya). Orang-orang yang
kukuh ilmunya ini mengatakan,
آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ
عِنْدِ رَبِّنَا
“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada
ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Rabb kami..” (QS. Ali
Imran 3: 7) …
Kedangkalan ilmu atau kepahaman sebenarnya ada padamu. Ketahuilah bahawa
Al-Quran tidaklah mungkin bertentangan sama sekali.” (Syarh Al-Qawa’idul
Mutsla, hal. 286).
Kesimpulan
1) Allah itu
a) di langit, bersemayam di atas Arasy
b) bersama dengan makhluknya
2) fahami nas secara adil dan menggunakan ilmu dan pemahaman yang benar
3) gunakan nas pada tempatnya
No comments:
Post a Comment