Matan kisah
اعلم أني قد وقفت
على رسالة قد صنّفها العلامة جمال الدين الأسنوي في المنع من استعمال الولاة
للنصارى، و سماها بعضهم «بالانتصارات الإسلامية» و رأيت عليها بخط تلميذه شيخ
مشايخنا زين الدين المراغي ما صورته «نصيحة أولي الألباب، في منع استخدام النصارى
كتاب» لشيخنا العلامة جمال الدين الأسنوي، و لم يسمه، فسميته بحضرته، فأقرني عليه،
انتهى. فرأيته ذكر فيها ما لفظه: و قد دعتهم أنفسهم- يعني النصارى- في سلطنة الملك
العادل نور الدين الشهيد إلى أمر عظيم ظنوا أنه يتم لهم، و يأبى اللّه إلا أن يتم
نوره و لو كره الكافرون، و ذلك أن السلطان المذكور كان له تهجّد يأتي به بالليل، و
أوراد يأتي بها، فنام عقب تهجده، فرأى النبي (صلّى اللّه عليه و سلّم) في نومه و
هو يشير إلى رجلين أشقرين و يقول: أنجدني أنقذني من هذين، فاستيقظ فزعا، ثم توضأ و
صلى و نام فرأى المنام بعينه، فاستيقظ و صلى و نام فرآه أيضا مرة ثالثة، فاستيقظ و
قال: لم يبق نوم، و كان له وزير من الصالحين يقال له جمال الدين الموصلي، فأرسل
خلفه ليلا، و حكى له جميع ما اتفق له، فقال له: و ما قعودك؟
اخرج الآن إلى
المدينة النبوية، و اكتم ما رأيت، فتجهز في بقية ليلته، و خرج على رواحل خفيفة في
عشرين نفرا، و صحبته الوزير المذكور، و مال كثير، فقدم المدينة في ستة عشر يوما،
فاغتسل خارجها و دخل فصلى بالروضة، و زار، ثم جلس لا يدري ما ذا يصنع، فقال الوزير
و قد اجتمع أهل المدينة في المسجد: إن السلطان قصد زيارة النبي (صلّى اللّه عليه و
سلّم)، و أحضر معه أموالا للصدقة، فاكتبوا من عندكم، فكتبوا أهل المدينة كلهم، و
أمر السلطان بحضورهم، و كل من حضر ليأخذ يتأمله ليجد فيه الصفة التي أراها النبي
(صلّى اللّه عليه و سلّم) له فلا يجد تلك الصفة،
فيعطيه و يأمره
بالانصراف، إلى أن انقضت الناس، فقال السلطان: هل بقي أحد لم يأخذ شيئا من الصدقة؟
قالوا: لا، فقال: تفكروا و تأملوا، فقالوا: لم يبق أحد إلا رجلين مغربيين لا
يتناولان من أحد شيئا، و هما صالحان غنيان يكثران الصدقة على المحاويج، فانشرح
صدره و قال: عليّ بهما، فأتي بهما فرآهما الرجلين اللذين أشار النبي (صلّى اللّه
عليه و سلّم) إليهما بقوله: أنجدني، أنقذني من هذين، فقال لهما: من أين أنتما؟
فقالا: من بلاد المغرب، جئنا حاجّين فاخترنا المجاورة في هذا العام عند رسول اللّه
(صلّى اللّه عليه و سلّم)، فقال: اصدقاني، فصمّما على ذلك، فقال: أين منزلهما؟
فأخبر بأنهما في رباط بقرب الحجرة الشريفة، فأمسكما و حضر إلى منزلهما، فرأى فيه
مالا كثيرا و ختمتين و كتبا في الرقائق، و لم ير فيه شيئا غير ذلك، فأثنى عليهما
أهل المدينة بخير كثير و قالوا: إنهما صائمان الدهر ملازمان الصلوات في الروضة
الشريفة و زيارة النبي (صلّى اللّه عليه و سلّم) و زيارة البقيع كل يوم بكرة و
زيارة قباء كل سبت، و لا يردان سائلا قط بحيث سدّا خلة أهل المدينة في هذا العام
المجدب، فقال السلطان: سبحان الله! و لم يظهر شيئا مما رآه، و بقي السلطان يطوف في
البيت بنفسه، فرفع حصيرا في البيت، فرأى سردابا محفورا ينتهي إلى صوب الحجرة
الشريفة، فارتاعت الناس لذلك، و قال السلطان عند ذلك:
اصدقاني حالكما و
ضربهما ضربا شديدا، فاعترفا بأنهما نصرانيان بعثهما النصارى في زيّ حجاج المغاربة،
و أمالوهما بأموال عظيمة، و أمروهما بالتحيل في شيء عظيم خيّلته لهم أنفسهم، و
توهموا أن يمكنهم اللّه منه، و هو الوصول إلى الجناب الشريف و يفعلوا به ما زيّنه
لهم إبليس في النقل و ما يترتب عليه، فنزلا في أقرب رباط إلى الحجرة الشريفة، و
فعلا ما تقدم، و صارا يحفران ليلا، و لكل منهما محفظه جلد على زي المغاربة، و الذي
يجتمع من التراب يجعله كل منهما في محفظته، و يخرجان لإظهار زيارة البقيع،
فيلقيانه بين القبور، و أقاما على ذلك مدة، فلما قربا من الحجرة الشريفة أرعدت
السماء و أبرقت، و حصل رجيف عظيم بحيث خيل انقلاع تلك الجبال، فقدم السلطان صبيحة
تلك الليلة. و اتفق إمساكهما و اعترافهما، فلما اعترفا و ظهر حالهما على يديه، و
رأى تأهيل اللّه له لذلك دون غيره بكى بكاء شديدا، و أمر بضرب رقابهما، فقتلا تحت
الشباك الذي يلي الحجرة الشريفة، و هو مما يلي البقيع، ثم أمر بإحضار رصاص عظيم، و
حفر خندقا عظيما إلى الماء حول الحجرة الشريفة كلها، و أذيب ذلك الرصاص، و ملأ به
الخندق، فصار حول الحجرة الشريفة سورا رصاصا إلى الماء، ثم عاد إلى ملكه، و أمر
بإضعاف النصارى، و أمر أن لا يستعمل كافر في عمل من الأعمال، و أمر مع ذلك بقطع
المكوس جميعا، انتهى
Terjemahan
“Pada masa pemerintahan raja yang adil, Sultan Nuruddin Mahmud Zanki, bahawa orang-orang Kristian ingin
melakukan peristiwa besar yang mereka anggap boleh dilakukan dengan sempurna.
Namun Allah menolak selain menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir
tidak menyukainya.
Demikian itu kerana Sultan Nuruddin bermimpi dalam tidurnya setelah solat
tahajjud yang menjadi kebiasaannya setiap malam. Ketika dalam mimpinya ini,
Sultan melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam mengisyaratkan kepadanya
tentang dua orang berambut perang, seraya mengatakan, “Selamatkan aku!
Selamatkan aku dari dua orang ini!” Maka dia bangun dari tidurnya dengan
keadaan takut. Kemudian dia berwudhu dan solat lagi, lalu tidur. Dalam tidurnya
ini juga bermimpi tentang hal yang sama, maka dia pun bangun, lalu berwudhu dan
solat lagi, Kemudian ketika tidur, dia juga mimpi yang sama untuk ketiga
kalinya, maka dia bangun dan mengatakan, “Tidak mungkin aku tidur lagi.”
Kisah ini juga tercatat dalam Kitab Fusul Min Tarikhi Al-Madinah Al
Munawarah.
Sultan Nuruddin memiliki menteri yang soleh bernama Jamaluddin Al-Mushili.
Maka dipanggillah menterinya itu pada malam itu juga sebelum Subuh, dan
menceritakan kepadanya apa yang dilihatnya dalam mimpi, dan mengatakan
kepadanya, “Rahsiakan apa yang aku ceritakan kepadamu.” Maka Sultan dan
menterinya bersama rombongan pergi ke Madinah dengan membawa banyak harta. Di mana
perjalanan ini ditempuh selama 16 hari.
Ketika sampai di Madinah, Sultan Nuruddin mandi di luar masjid, kemudian
masuk masjid Nabawi untuk solat di raudhah, lalu berziarah ke makam Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi Wassallam. Kemudian dia duduk dan tidak mengerti apa yang
akan dilakukan. Maka sang menteri berkata kepadanya, “Apakah engkau mengenali
dua orang itu jika melihat keduanya?” Ia berkata, “Ya.” Lalu ketika penduduk
Madinah berkumpul di masjid, sang menteri mengatakan, “Sesungguhnya Sultan
bermaksud ziarah ke makam Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam dan membawa banyak
harta untuk disedekahkan. Maka tulislah orang-orang yang ada di sekitar
kalian!”
Lalu mereka menulis seluruh nama penduduk Madinah, dan Sultan Nuruddin
menyuruh agar menghadirkan mereka.
Ketika mereka berkumpul untuk mengambil permberian dari Sultan, maka
setiap orang yang hadir diperhatikan oleh Sultan untuk menemukan sifat yang
diberitahukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam dalam mimpinya. Namun
Sultan tidak mendapatinya sama sekali. Lalu ketika sebelum habisnya orang-orang
yang datang untuk mengambil sedekah, Sultan mengatakan, “Apakah masih ada yang
tersisa seseorang yang belum mengambil sedekah?”Mereka menjawab, “Tidak!” “Cubalah
pikirkan sekali lagi!” kata Sultan. Maka mereka mengatakan, “Tidak tersisa
seorang pun kecuali dua orang dari Maghribi yang tidak mengambil pemberian dari
siapapun. Keduanya adalah orang soleh
dan kaya serta banyak memberikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukan.”
Maka Sultan Nuruddin menjadi lega dadanya, lalu dia mengatakan,
“Datangkanlah kedua orang itu kepadaku.”
Pada saat keduanya datang, Sultan melihat bahwa keduanya sama dengan
ciri-ciri yang diisyaratkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam kepadanya
di dalam mimpinya dengan mengatakan,
“Selamatkan aku dari kedua orang ini.” Maka Sultan mengatakan kepada keduanya,
“Darimanakah kalian?” Keduanya menjawab, “Dari daerah Maghribi. Kami datang
untuk haji, dan pada tahun ini kami memilih tinggal di tempat yang dekat makam
Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam.”
Sultan berkata, “Jujurlah kalian!” Tapi keduanya diam membisu, maka
Sultan berkata, “Di mana tempat tinggal kalian?” Lalu Sultan diberitahu bahwa
keduanya tinggal dipondokan dekat makam Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam.
Maka Sultan memegang keduanya untuk dibawa ke tempat tinggal keduanya, dan di
sana Sultan mendapati banyak harta, dua beg pakaian dan kitab-kitab tentang
kelembutan hati, namun tidak melihat sesuatu pun yang selain itu. Lalu penduduk
Madinah banyak memuji kedua orang tersebut dengan mengatakan, “Keduanya rajin
puasa, selalu solat di raudhah, ziarah ke makam Nabi Shallallahu ‘alaihi
Wassallam dan ke Baqi’ setiap pagi, datang ke masjid Quba’ setiap Sabtu, dan
tidak pernah menolak orang yang meminta sama sekali. Di mana keduanya menutupi
keperluan penduduk Madinah pada tahun mencabar ini.”Maka Sultan mengatakan,
“Subhanallah!”
Lalu Sultan mengelilingi rumah sendiri, kemudian mengangkat tikar yang
terdapat di dalam rumah, betapa terkejutnya, Sultan melihat galian laluan
terowong ke arah kamar makam Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam, maka
bergemetarlah manusia kerana itu. Ketika itulah Sultan mengatakan, “Jujurlah
kalian berdua!” Dan Sultan memukul keduanya dengan sangat keras. Maka keduanya
mengaku bahwa keduanya adalah orang Kristian yang diutus oleh orang-orang
Kristian dengan berpenampilan jamaah haji dari Maghribi serta dibekali banyak
harta, dan diperintahkan untuk melakukan hal besar yang menjadi khayalan
mereka. Di mana mereka mengira akan boleh melakukan apa yang dihiaskan oleh
Iblis dalam memindahkan jasad Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam dan kesan yang
terjadi kerananya.
Lalu keduanya mendiami di rumah yang paling dekat ke makam Nabi
Shallallahu ‘alaihi Wassallam dan melakukan penggalian terowongan pada malam
hari, di mana masing-masing memiliki beg kulit dan busana Maghribi. Lalu tanah
yang terkumpul dimasukkan ke dalam beg kulit, dan keduanya keluar seraya
menampakkan ziarah ke Baqi’ dengan maksud membuang tanah hasil galian ke
pemakaman Baqi’. Demikian itulah muslihat jahat yang dilakukan keduanya dalam
tempoh cukup lama dengan harapan mampu memindahkan jasad Nabi Shallallahu
‘alahi Wassallam agar bisa dibawa ke negeri mereka (ketika dipimpin raja
Kristian).
Hingga ketika galian keduanya telah mendekati makam Nabi Shallallahu
‘alaihi Wassallam, maka langit bergemuruh petir dan terjadilah goncangan besar.
Paginya Sultan Nuruddin datang untuk menangkap kedua orang tersebut.
Ketika keduanya mengaku dan nampak bukti-bukti perbuatan keduanya, maka Sultan
memerintahkan keduanya dihukum mati dan dilakukan di bawah jendela di samping
tempat pemakaman Nabi Shallallahu ‘alaihi Wassallam.
Kemudian Sultan kembali lagi ke negerinya, dan memerintahkan untuk
melemahkan kaum Nasrani dan tidak memberikan kepada orang kafir pekerjaan apa
pun dalam pemerintahan, disamping itu juga memerintahkan untuk memotong semua
pajak/cukai.
Takhrij
Kisah ini dinukilkan oleh Syeikh Nuruddin Ali Samhudi dalam Wafa’ Al-Wafa bi Akhbar Dar al-Musthafa
2/648-650, sebahagian ulama meragukan kesahihan kisah ini.
Dr. Ali Salabi berkata dalam buku beliau Asar al-Daulah al-Zankiyyah
(hal. 574): Profesor Ibrahim al-Zibq memberi komentar kepada buku al-Raudhatain
dan beliau menyatakan:
Kisah ini tidak tsabit menurut kajian ilmiah. Kisah ini pertama kali
diriwayatkan oleh Muhammad bin Ahmad al-Matri (muazzin Masjid Nabawi) yang
wafat pada 741 hijrah dalam kitabnya al-Ta’rif bima Ansatil Hijrah. Al-Matari
menyebutkan dalam kitabnya bahawa peristiwa ini berlaku pada tahun 557 hijrah,
dan tidak ada seorang pun sejarawan membuktikan Khalifah Nuruddin a-Zanki
melawat Madinah pada waktu itu dan apatah lagi sepanjang pemerintahannya,
begitu juga berhaji.
Penulis kitab al-Madinah Baina al-Madhi wa al-Hadhir, al-Syarif Ibrahim bin Ali al-‘Ayyasyi menyatakan kisah yang diceritakan ini sangat tidak masuk akal. Antara hujjah beliau:
- Tidak ada manusia di dunia ini yang mengingkari kedudukan Nabi SAW di sisi Allah SWT. Allah yang menjaga Nabi SAW sejak baginda lahir sehinggalah baginda wafat. Allah menyelamatkan baginda daripada dibunuh oleh persepakatan kaum Quraisy, Allah menyelamatkan daripada apa-apa musibah yang menimpa baginda. Bagaimana Rasulullah SAW meminta pertolongan daripada manusia ketika sudah wafat, sedangkan Allah menjaga baginda ketika mana baginda hidup dan juga mati. Hal in sangat tidak masuk akal.
- Ibn Kathir (wafat 774 H) menulis terjemahan dan juga peribadi Sultan Nuruddin Mahmud Zinki di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (al-Bidayah wa al-Nihayah 16/480).Jika kisah ini benar, pasti beliau akan menceritakan mengenai kisah ini, tetapi beliau langsung tidak menukilkan kisah mengenainya di dalam kitab beliau.
- Secara logiknya, tidak masuk akal apabila dua orang yang cuba mencuri jasad Nabi SAW itu datang untuk mencuri jasad Nabi dan memindahkannya dari Madinah ke negara mereka di Maghrib dengan menggunakan tenaga dua orang sahaja. Mustahil mereka akan berjaya memindahkannya tanpa diketahui orang. Pastilah perbuatan mereka akan terbongkar sekiranya mereka berjaya mencuri jasad Nabi dan membawanya secara terangan ketika mereka memulakan perjalanan pulang ke tempat asal mereka. Hal ini sangat tidak masuk akal.
- Sebagaimana yang dikatakan, menurut pegangan beliau, kisah ini adalah kisah khayalan yang direka bertujuan untuk mengangkat darjat Sultan Nuruddin Zinki (al-Madinah Baina al-Madhi wa al-Hadhir hal. 161-164)
Manakala menurut Syeikh Fayez bin Ali al-Fayez, Pengarah Pameran al-Haramain al-Syarifain ( مدير معرض الحرمين الشريفين), menjelaskan bahawa kisah ini sebenarnya tidak benar. Hal ini berdasarkan beberapa fakta yang dikemukakan oleh beliau, antaranya (https://www.youtube.com/watch?v=aqnp80zXz_M):-
- Ibn Asakir (wafat 571H) hidup sezaman dengan Sultan Nuruddin Zinki (wafat 561H) di Syam, beliau seorang yang terkenal dengan kitab Tarikh al-Dimasyq, tetapi beliau tidak pernah meriwayatkan dan menceritakan kisah ini dalam mana-mana karya beliau.
- ‘Imad al-Din al-Katib al-Asbahani (lahir 519H – wafat 597 H), terkenal dengan kitab al-Barq al-Syami yang hidup sezaman dengan Sultan Nuruddin Zinki di bumi syam, tetapi beliau tidak menceritakan ataupun meriwayatkan kisah ini.
- Imam al-Dzahabi (wafat 748H) yang hidup sezaman dengan Jamaluddin al-Matori (wafat 741H). Beliau terkenal dengan kitab Siyar A’lam al-Nubala’. Beliau menceritakan mengenai “Nuruddin Mahmud bin Mahmud Zinki al-Turki” di dalam kitabnya[5], namun beliau tidak menceritakan kisah ini sebagaimana Jamaluddin al-Matori menukilkan kisah ini. Hal ini kerana Jamaluddin al-Matori menyatakan diakhir kisah ini dengan berkata:
هَكَذَا حَدَّثَنِي عَمَّنْ حَدَّثَهُ
Begitulah yang diceritakan kepadaku, daripada sesiapa yang menceritakannya (al-Ta’rif Bima Ansati al-Hijrah min Ma’alim Dar al-Hijrah hal. 209)
Rujukan
al-Raudhatain 2/317
https://maktabahalbakri.com/8-kesahihan-kisah-cubaan-mencuri-jasad-nabi-saw/
No comments:
Post a Comment