Tuesday, 8 September 2020

Hadith Bahasa Arab adalah Bahasa syurga



Matan hadith


أُحِبُّ الْعَرَبَ لِثَلاَثٍ: لِأَنِّي عَرَبِيٌّ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ، وَكَلَامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ

Terjemahan

Aku mencintai arab kerana tiga perkara: Kerana aku adalah arab, al-Quran di dalam bahasa arab dan ucapan ahli syurga adalah bahasa arab.

Takhrij

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 5583, al-Mu’jam al-Kabir no. 11441, daripada Abdullah bin Abbas ra.

Ibnu Abu Hatim ar-Razi menilai hadith ini palsu dalam al-‘Ilalnya 2/376 no. 2641.

Hadith ini munkar menurut al-Uqaili dalam Dhuafa' al-Kabir 3/348, palsu menurut Ibnu Jauzi dalam Al-Maudhuat 2/41, dan palsu menurut az-Zahabi dalam Mizan I'tidal 3/103.

Juga palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ 4/208 no. 1186, beliau juga mengatakan ulama sepakat akan kepalsuan hadith ini (Silsilah Hadith Dhaif 1/293).


Tambahan


أَنَا عَرَبِيٌّ وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ وَلِسَانُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ

Aku seorang arab, al-Quran di dalam bahasa arab dan lidah (bahasa) ahli syurga adalah bahasa arab (HR. at-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath no. 9147 daripada Abu Hurairah ra).

As-Sakhawi menilai hadith ini sebagai dhaif tetapi riwayat Abu Hurairah ra ini lebih kuat berbanding riwayat Ibn Abbas ra. (al-Maqasid al-Hasanah no. 64).

Syeikh al-Albani juga menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif 1/298.


Ibnu Taimiyah, beliau telah ditanya tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia di hari kiamat kelak? Apakah mereka akan bertutur di dalam bahasa arab? Dan apakah benar ada yang mengatakan bahawa bahasa ahli neraka adalah bahasa parsi dan bahasa ahli syurga pula ialah bahasa arab??

Beliau menjawab : Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,sesungguhnya tidaklah dapat diketahui tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia pada hari itu,dan juga tiadanya sebarang bahasa yang boleh didengari oleh manusia daripada utusan Allah kelak,kerana Allah tidak menyatakan langsung tentang perkara sedemikian kepada kita,begitu juga baginda nabi tidak memberitahu kita tentang perkara tersebut,dan tidaklah benar bahawa bahasa ahli neraka kelak ialah bahasa parsi begitu juga bahasa arab merupakan bahasa ahli syurga yang abadi,bahkan kita tidak mengetahui pun terdapatnya khabar tentang percanggahan para sahabat tentang hal itu,bahkan mereka tidak mencampuri pun urusan tersebut,tetapi telah terjadinya khilaf (percanggahan pendapat) di kalangan para ulama’ zaman ini,ada yang berkata mereka akan bercakap bahasa arab kecuali ahli neraka kerana mereka akan bercakap di dalam bahasa parsi,ada juga yang berkata bahawa mereka akan bercakap dengan bahasa Suryaani kerana ianya bahasa Nabi Adam alaihis salam dan kesemua bahasa yang wujud pada hari ini adalah bersumberkan daripada bahasa tersebut,ketahuilah bahawa kesemua pendapat ini adalah tidak boleh dijadikan hujjah langsung kerana ianya tidak bersumber daripada jalan naqal (Al-Quran dan As-Sunnah) juga jalan aqal bahkan kesemuanya ini tidak didasari langsung dengann dalil-dalil daripada Allah Subhanahu Wa Taala,wallahu a’lam” (Majmu’ Fatawa  4/299).

Menurut Fatwa Islam,

والحاصل أنه لم يرد دليل صحيح يبين اللغة التي يتكلم بها أهل الجنة

Kesimpulannya, tidak terdapat dalil sahih yang menjelaskan tentang bahasa yang digunakan penduduk syurga. (Fatwa Islam, no. 83262)


Rujukan

Irsyad al-Hadith no. 3121


No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...