Monday, 7 September 2020

Hadith berbekamlah kerana darah yang melimpah boleh membunuhmu

Matan hadith

إذا اشتد الحر فاستعينوا بالحجامة لا يتبيغ الدم بأحدكم فيقتله

Terjemahan

Apabila panas badan itu meninggi, berbekamlah, janganlah darah salah seorang kalian bergejolak hingga dia dapat membunuhnya

Takhrij

HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/288, al-Hakim 4/235 daripada Anas bin Malik. Dengan semua riwayat melalui jalan Muhammad bin Qasim al-Asdi

Sanadnya disahihkan al-Hakim. Tetapi yang sebenarnya, hadith ini palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 2024, kerana Muhammad bin Qasim al-Asdi adalah pendusta menurut Imam Ahmad, an-Nasaie berkata dia tidak tsiqah

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...