Matan hadith
عَنْ أُمَيْمَةَ، قَالَتْ:
كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدَحٌ مِنْ عِيدَانٍ يَبُولُ
فِيهِ، وَيَضَعُهُ تَحْتَ سَرِيرِهِ، فَقَامَ فَطَلَبَ، فَلَمْ يَجِدُهُ فَسَأَلَ،
فَقَالَ: " أَيْنَ الْقَدَحُ؟ "، قَالُوا: شَرِبَتْهُ بَرَّةُ خَادِمُ
أُمِّ سَلَمَةَ الَّتِي قَدِمَتْ مَعَهَا مِنْ أَرْضِ الْحَبَشَةِ، فَقَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَقَدِ احْتَظَرَتْ مِنَ
النَّارِ بِحِظَارٍ "
Terjemahan
Dari Umaimah : Dulu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam mempunyai bekas
dari pelepah kurma yang beliau gunakan untuk kencing padanya, dan beliau
letakkan di bawah tempat tidurnya. (Satu saat), beliau shallallaahu ‘alaihi wa
sallam meminta bekas tersebut, namun tidak beliau temui. Maka beliau bertanya :
“Dimanakah bekas itu ?”. Mereka berkata : “Telah diminum oleh Barrah, pembantu
Ummu Salamah yang datang bersamanya dari negeri Habasyah. Lalu Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sungguh ia telah terlindung dari api
neraka”.
Takhrij
HR Ibnu Abi ‘Aashim dalam
Al-Aahad wal-Matsaaniy no. 3342, At-Thabarani
dalam Mu'jam Kabir 24/189 no. 477 & 24/205-206 no. 527 (lafaz hadith
di atas adalah miliknya), Al-Baihaqi dalam Sunan Kubraa 7/67 (7/106) no. 13406,
Abu Nu’aim dalam Ma’rifatush-Sahabah hal. 3263 no. 7517, Ibnul-Muqri’ dalam
Mu’jam-mnya no. 138, Al-Hasan bin Syadzan dalam Juznya no. 29, Ibnu ‘Abdil Barr
dalam Al-Isti’ab 4/356-357, dan Ibnu ‘Asakir dalam At-Tarikh 50/69 & 51/69;
dari beberapa jalan (‘Aliy bin Maimuun, Ahmad bin Ziyad Al-Hadzdza’, Yahya bin Ma’in, Ayub Al-Wazzan, dan Hilaal bin Al-‘Ala’),
semuanya dari Ibnu Juraij, dari Hukaimah binti Umaimah, dari ibunya (Umaimah).
Dhaif , kerana terdapat perawi yang majhul (tak dikenali) bernama Hukaimah
(Mizan I'tidal 1/587; Taqribut Tahdzib 2/636).
Terdapat juga riwayat yang datang melalui jalan Ummu Aiman ra. - hadith
tersebut juga lemah, tidak boleh dijadikan hujah kerana terdapat perawi yang
lemah dan idhtirab bernama Abu Malik (al-'Ilal ad-Daraquthni 15/415). Dan
sanadnya terputus.
Ada juga ulama yang mensahihkan sanadnya seperti as-Suyuthi dalam
Qashais al-Kubra 2/253.
No comments:
Post a Comment