Tuesday, 8 September 2020

Hadith hadith kelebihan ayat Kursi.



1. Dijaga malaikat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ

dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menugaskanku untuk menjaga harta zakat Ramadlan. Lalu datang seseorang yang menyusup hendak mengambil makanan, maka aku pun menangkapnya seraya berkata: "Aku benar-benar akan menyerahkanmu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam." Lalu ia bercerita dan berkata: "Jika kamu hendak beranjak ke tempat tidur maka bacalah ayat kursi, niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pun bersabda: "Ia telah berkata benar padamu, padahal ia adalah pendusta. Pencuri itu adalah syaitan." (HR. Bukhari no. 5008).


2. Tidak ada jarak dengan kematian melainkan syurga

مَنْ قَرَأَ آيَةَ اْلكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُـوْبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُوْلِ اْلَجنَّةِ إِلاَّ اْلَمَوْتُ

Sesiapa membaca ayat Kursi mengiringi setiap selesai solat fardhu , nescaya tidak ada yang akan menegahnya memasuki syurga, kecuali mati.  (HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 9928, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 7532, daipada Abu Umamah ra, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 6464, sanadnya disahihkan oleh al-Mundziri dalam at-Targhib wa at-Tarhib 2/299).


3- dijaga 70000 malaikat

قال جابر بن عبد الله رضي الله عنهما من قرأ آية الكرسي حين يخرج من بيته وكل الله به سبعين ألف ملك يحفظونه من بين يديه ومن خلفه وعن شماله. وإن مات قبل أن يرجع أعطاه الله ثواب أربعين شهيداً

Dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu'anhuma berkata : Barangsiapa membaca ayat kursi ketika keluar rumahnya maka Allah mewakilkan 70 ribu malaikat yang menjaganya dari depan, belakang,kiri dan kanannya. Jika ia mati sebelum pulang kerumahnya maka Allah berikan kepadanya pahala 40 orang syahid. (HN. As-Syufuri  dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad, tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).


4- dinaikkan 40 darjat


جاء في الحديث من سره أن يملأ بيته خيراً فليقرأ آية الكرسي كثيراً ومن قرأها عقب الوضوء رفع الله له أربعين درجة وخلق من كل حرف ملكاً يستغفر لقارئها إلى يوم القيامة

Terdapat dalam sebuah hadith, Barangsiapa yang senang rumahnya dipenuhi dengan kebaikan,maka hendaklah ia memperbanyakkan membaca ayat kursi,dan barangsiapa yang membacanya selesai wudhu maka Allah mengangkatkan 40 darjatnya dan Allah ciptakan dari setiap huruf seorang malaikat yang meminta ampun kepada pembaca ayat kursi tersebut hingga hari kiamat. (HN. As-Syufuri  dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad, tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).



5- hilangkan kefakiran kemiskinan tak masuk rumah


عن النبي صلى الله عليه وسلم من خرج من منزله فقرأ آية الكرسي يبعث الله إليه سبعين ألف ملك يستغفرون له ويدعون له فإذا رجع إلى منزله ودخل بيته وقرأ آية الكرسي نزع الله الفقر من بين عينيه


Dari Nabi Saw, beliau bersabda; Barasngsiapa keluar dari rumahnya, kemudian dia membaca Ayat Kursi, maka Allah akan mengutus kepadanya tujuh puluh malaikat yang akan memohonkan ampun dan mendoakannya. Kemudian ketika dia kembali ke rumahnya dan masuk rumah dengan membaca Ayat Kursi, maka Allah menghilangkan kefakiran yang ada di depan matanya. (HN. As-Shufuri dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).

Kitab ini disaran ulama dijauhkan dari membacanya kerana banyak mengandungi hadith palsu (Ithaf Al-Muhib As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11).

Kebanyakan fadhilat ayat Kursi ini tidak sahih, melainkan yang disebutkan dalam kitab-kitab hadith muktabar.



Rujukan


Fatwa Soaljawab Islam no. 192341

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 135452

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...