Matan hadith
لَمَّا أَغْرَقَ اللهُ
فِرْعَوْنَ قَالَ: ﴿آمَنْتُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو
إِسْرَائِيلَ﴾ فَقَالَ جِبْرِيلُ: يَا مُحَمَّدُ فَلَوْ رَأَيْتَنِي وَأَنَا آخُذُ
مِنْ حَالِ البَحْرِ فَأَدُسُّهُ فِي فِيهِ مَخَافَةَ أَنْ تُدْرِكَهُ الرَّحْمَةُ
Terjemahan
Sewaktu Allah menenggelamkan Firaun, ia mengucapkan, “Aku beriman bahawa
tiada tuhan kecuali yang diimani kaum Bani Israil,” (Q.S. Yunus [10]: 90).”
Kemudian, malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah saw., “Wahai Muhammad,
seandainya engkau melihatku, kala itu aku mengambil tanah hitam dari dasar
lautan. Lalu memasukkannya ke dalam mulut Firaun kerana takut ia diliputi oleh
rahmat.”
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 3107, Ahmad no.
2820, Ibnu Hibban no. 6215 daripada Ibnu Abbas ra. Imam Tirmidzi berkata hadith
ini hasan. Dan Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Silsilah Hadith Sahih no.
2015. Disahihkan juga oleh Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Sahih Ibnu Hibban
14/98.
Dalam riwayat lain disebutkan:
أَنَّ جِبْرِيلَ جَعَلَ
يَدُسُّ فِي فِي فِرْعَوْنَ الطِّينَ خَشْيَةَ أَنْ يَقُولَ: لَا إِلَهَ إِلَّا
اللهُ، فَيَرْحَمَهُ اللَّهُ «، أَوْ» خَشْيَةَ أَنْ يَرْحَمَهُ اللَّهُ
Sesungguhnya malaikat Jibril memasukkan tanah ke dalam mulut Firaun
kerana takut Firaun mengucapkan Lâilâhaillâh, atau Jibril takut Allah
merahmatinya.
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 3108, daripada Ibnu Abbas ra. Imam Tirmidzi berkata
hadith ini hasan sahih gharib. Dan Syeikh al-Albani mensahihkannya sanadnya.
Al-Mubarakfuri dalam Syarah Sunan At-Tirmidzi mengatakan :
Ibnu Abbas radhiiallāhu ‘anhuma berkata : “Allāh tidak akan menerima
iman seseorang ketika azab telah turun”. Para ulama berkata : “Iman Firaun
tidak diterima, kerana iman dan taubat ketika seorang telah melihat malaikat
dan azab tidak diterima”.
Dan maksud dari “kerana aku takut rahmat Allāh akan menghampirinya”
maksudnya adalah aku (Jibril) takut, ia (Firaun) akan mengucapkan kalimat
tauhid (lā ilāha illallāh) sehingga Allāh subhānahu wa ta’āla akan
merahmatinya.
No comments:
Post a Comment