Tuesday, 29 September 2020

Hadith kalimah zikir yang menumbuhkan satu pohon tamar di syurga

 

 

1.       Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah melewatinya saat sedang menanam pohon. Kemudian beliau bersabda, wahai Abu Hurairah, apa yang kamu tanam? Aku menjawab: "Tanaman milikku." Beliau bersabda:

 

أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى غِرَاسٍ خَيْرٍ لَكَ مِنْ هَذَا قَالَ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُلْ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ يُغْرَسْ لَكَ بِكُلِّ وَاحِدَةٍ شَجَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ

 

Apakah kamu mau kuberitahukan tentang tanaman yang bagimu akan lebih baik dari tanaman ini? Abu Hurairah menjawab; "Tentu wahai Rasulullah!." Beliau bersabda: "Ucapkanlah olehmu Subhaanallaah Walhamdulillaah Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar. Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu." (HR. Ibnu Majah no. 3807 dan disahihkan Syeikh al-Albani)

 

 

2.       Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu 'Anhu, berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

 

لَقِيتُ إِبْرَاهِيمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلَامَ وَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ الْجَنَّةَ طَيِّبَةُ التُّرْبَةِ عَذْبَةُ الْمَاءِ وَأَنَّهَا قِيعَانٌ وَأَنَّ غِرَاسَهَا سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

 

Aku berjumpa dengan Ibrahim pada malam Isra’, dia berkata kepadaku: Wahai Muhammad sampaikan salamku kepada umatmu dan beritakan kepada mereka bahawa syurga itu memiliki tanah yang terbaik dan air yang paling segar. Syurga itu dataran kosong (Qi’aan) dan tumbuhannya adalah (zikir) Subhanallahi Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar.” (HR. Tirmidzi no. 3462 dan dinilai hasan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah hadith Sahih no. 105, dan juga Syeikh Salim ‘Ied al-Hilali).

 

 

3.       Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

 

من قال : سبحان الله ، والحمد لله ، ولا إله إلا الله ، والله أكبر غرس الله له بكل واحدة منهن شجرة في الجنة

 

Siapa membaca : Subhaanallaah Walhamdulillaah Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar maka Allah akan menanamkan untuknya satu pohon di syurga dari setiap kalimah tadi.” (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al- Awsath sepertimana disebutkan oleh al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/94 dan disahihkan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2880).

 

 

4.       Dari Jabir Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

 

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الْجَنَّةِ

 

Siapa yang membaca: Subhanallahi al-'Adziimi wa Bihamdihi, nescaya ditanamkan untuknya satu pohon kurma di syurga.” (HR. Tirmidzi no. 3464 dan disahihkan Syeikh al-Albani dalam Sahih Al-Jami’ no. 6429 dan juga Syeikh Salim ‘Ied al-Hilali).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...