Matan hadith
خَيْرُ النِّكَاحِ
أَيْسَرُهُ
Terjemahan
Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah
Takhrij
HR. Abu Daud, no. 2117; Al-Hakim, 2/181-182. Al-Hafizh Abu Thahir
mengatakan bahawa sanad hadith ini sahih. Hadith yang diriwayatkan oleh
Al-Hakim juga sahih sebagaimana disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam
Al-Irwa’, 6/344.
Syarah
Hadith di atas menunjukkan bahawa mahar yang paling bagus dan menjadi mahar terbaik adalah mahar yang paling mudah untuk dipenuhi. Inilah yang dipersiapkan oleh calon suami, hendaklah pihak wanita dan perempuan mudah menerima hal ini. Kalau maharnya itu serba sulit dan memberatkan, itu menyelisihi yang dituntunkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Makna mudah di sini lebih lanjut dijelaskan oleh Syeikh Wahbah Zuhaili
dalam kitab Fiqhul Islam wa Adillatuhu sebagai kesunnahan dalam meringankan
mahar dan tidak bermahal-mahal dalam menantukan mahar. Lebih lanjut, beliau
menjelaskan sebagai berikut;
والحكمة من منع المغالاة في
المهور واضحة وهي تيسير الزواج للشباب، حتى لا ينصرفوا عنه، فتقع مفاسد خلقية
واجتماعية متعددة،
Hikmah dari larangan bermahal-mahalan mahar jelas, iaitu untuk
memudahkan pernikahan bagi pemuda sampai mereka tidak menjauhi (kerana takut),
sehingga terjadilah kerosakan etika dan sosial yang bermacam-macam.
Rujukan
Minhah Al-‘Allam fii Syarh Bulugh Al-Maram. Cetakan pertama, tahun 1431
H. Syaikh ‘Abdullah bin Shalih Al-Fauzan. Penerbit Dar Ibnul Jauzi. 7/398-399.
Kitab Fiqhul Islam wa Adillatuhu 9/6764
No comments:
Post a Comment