Tuesday, 29 September 2020

Hadith kenikmatan syurga

 

إذا دخلَ أهلُ الجنةِ الجنةَ يُنَادِي مُنادٍ: إن لكم أن تَحْيوا، فلا تَموتُوا أبداً، وإن لكم أن تَصِحُّوا، فلا تَسقَمُوا أبداً، وإن لكم أن تَشِبُّوا فلا تَهرَمُوا أبداً، وإن لكم أن تَنعَمُوا، فلا تَبْأسُوا أبداً

 

Saat ahli syurga masuk ke dalam syurga, tiba-tiba terdengar suara memanggil telah tiba waktu kalian untuk hidup abadi, tak akan mati selama-lamanya. sudah sampai waktu kalian untuk hidup sihat, tanpa sakit selama-lamanya. sudah saatnya kalian kembali muda, tak akan tua selama-lamanya. sudah saatnya kalian hidup bersenang-senang, menikmati hasil amal, tak akan menderita selama-lamanya. (HR. Muslim no. 2837, daripada Abu Hurairah ra).

 

 

إنَّ أهْلَ الجَنَّةِ يَأْكُلُونَ فيها ويَشْرَبُونَ، ولا يَتْفُلُونَ ولا يَبُولونَ ولا يَتَغَوَّطُونَ ولا يَمْتَخِطُونَ قالوا: فَما بالُ الطَّعامِ؟ قالَ: جُشاءٌ ورَشْحٌ كَرَشْحِ المِسْكِ، يُلْهَمُونَ التَّسْبِيحَ والتَّحْمِيدَ، كما تُلْهَمُونَ النَّفَسَ. وفي رواية: بهذا الإسْنادِ إلى قَوْلِهِ: كَرَشْحِ المِسْكِ

 

Sesungguhnya penduduk syurga, mereka makan dan minum di dalam syurga, namun mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak buang air besar, dan tidak mengeluarkan kahak.

Para sahabat bertanya: ‘Lalu bagaimana nasib makanan di perut mereka?’Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Menjadi sendawa, dan keringat yang berbau misik. Mereka diilhami selalu bertasbih dan bertahmid, sebagaimana kalian selalu bernafas.” (HR. Muslim 2835, daripada Jabir bin Abdillah ra).

 

Imam Nawawi berkata:-

 

Mazhab Ahlus sunnah dan seluruh kaum muslimin, bahawa penduduk syurga juga makan, minum di dalam syurga. Mereka mendapatkan kenikmatan berupa makan minum dan kenikmatan lainnya yang beraneka ragam. Kenikmatan yang abadi, tidak ada hujungnya dan tidak akan terputus selamanya.” (Syarah Sahih Muslim, 17/173).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...