1.Puasa hari terakhir zulhijjah dan hari pertama bulan muharram.
مَنْ صَامَ آخِرَ
يَوْمٍ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ, وَأَوَّلِ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ, فَقَدْ خَتَمَ
السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ بِصَوْمٍ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبَلَةَ
بِصَوْمٍ, جَعَلَ اللهُ لَهُ كَفَّارَةً خَمْسِيْنَ سَنَةً
Barangsiapa yang puasa pada akhir hari Zulhijjah dan puasa awal tahun
pada bulan Muharram, maka dia telah menutup akhir tahun dengan puasa dan
membuka awal tahunnya dengan puasa. Semoga Allah manghapuskan dosanya selama 50
tahun.
Takhrij
HN. Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/566 no. 1138, daripada Ibnu Abbas RA. Dinilai PALSU oleh Ibnu Jauzi
sendiri, al-Maqdisi dalam Tazkirah al-Maudhuat no. 118, as-Suyuti dalam
al-La'a'li al-Masnu’ah 2/108, Ibnu Arraq dalam Tanzih as-Syari’ah 2/148,
as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah no. 280, 96, kerana terdapat perawi
pendusta yang bernama Ibn Juwaibari. Dia dituduh pendusta oleh jemaah ahli
nuqqad.
2. Puasa tiga hari dibulan haram, pada khamis, jumaat dan sabtu.
من صامَ ثلاثةَ أيّامٍ من
شَهْرٍ حرامٍ الخميسَ والجمعةَ والسَّبتَ كتَبَ اللَّهُ لهُ عبادةَ تسعِ مائةِ
عامٍ
Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan haram pada Khamis, Jumaat
dan Sabtu, Allah Ta'ala menulis baginya pahala beribadah 900 tahun.
Takhrij
HN. Ibnu al-Jauzi dalam Al-'Ilal Al-Mutanahiyat 2/554, daripada Anas bin
malik ra. Beliau menilai hadith ini tidak sahih.
Ia diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza, ada yang menunjukkan
fadhilat 2 tahun (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 1789), 60 tahun
(HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 1789), 90 tahun HR. at-Thabarani
dalam Mu’jam al-Awsath no. 1789, dan 700 tahun (HR. Abu Syahin dan Ibn Asakir
sepertimana disebutkan dalam Kanzul Ummal 8/561 no. 24173.
Walhasil, kesemua hadith-hadith tersebut menuai kritikan para ahli
hadith. Tidak ada satupun terlepas dari kecacatan. Ia dinilai dhaif oleh
at-Thabarani dalam al-Awsath, Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutanahiyah,
al-Haithami dalam Majma Zawaid dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 4611.
No comments:
Post a Comment