Matan hadith
عَنْ عَبْدِ الرَّحَمْنِ
بْنِ الْعَلاَءَ بْنِ اللَّجْلاَجِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ قَالَ لِبَنِيهِ : إِذَا
أَدْخَلْتُمُونِى قَبْرِى فَضَعُونِى فِى اللَّحْدِ وَقُولُوا بِاسْمِ اللَّهِ
وَعَلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَسُنُّوا عَلَىَّ
التُّرَابَ سَنًّا وَاقْرَءُوا عِنْدَ رَأْسِى أَوَّلَ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتَهَا
فَإِنِّى رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَسْتَحِبُّ ذَلِكَ.
Terjemahan
Dari Abdurrahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj dari ayahnya bahawa ia
berkata kepada anak-anaknya: “Jika kalian memasukkanku ke dalam kuburku, maka
letakkanlah aku ke dalam liang lahad dan ucapkanlah ‘Dengan nama Allah dan di
atas sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam’ dan taburkan tanah atasku
dengan benar dan bacakan di kepalaku awal al-Baqarah dan akhirnya. Kerana
aku telah melihat Ibnu Umar menganjurkannya.”
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam al-Kubra 4/56 no. 7319, al-Lalikaie dalam Syarah
Usul ‘Itiqad no. 2174, al-Khallal dalam al-Qiraatul indal Qubur no. 1, 3 dan
Abu Bakar ad-Dainuri dalam al-Mujalasah wa Jawahiril Ilmi 3/128 no. 757 dengan
sanad berikut:
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Abdillah Al-Hafiz : Telah menceritakan
kepada kami Abul-‘Abbas Muhammad bin Ya’qub : Telah menceritakan kepada kami
Al-‘Abbas bin Muhammad, ia berkata : Aku pernah bertanya kepada Yahyaa bin
Ma’iin tentang qiraa’ah di sisi kubur, maka ia berkata : Telah menceritakan
kepada kami Mubasysyir bin Isma’iil Al-Halabi, dari ‘Abdurrahman bin
Al-‘Ala’ bin Al-Lajlaj, dari ayahnya, bahawasannya ia pernah berkata kepada
anak-anaknya……….
Dalam riwayat at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 19/220 no. 16161 pula
(juga bermuara pada Mubasyyir bin Ismail)
Ayah Abdurrahman berkata:
يا بني إذا أنا مت فألحدني
فإذا وضعتني في لحدي فقل بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه و سلم ثم سن
على الثرى سنا ثم اقرأ عند رأسي بفاتحة البقرة وخاتمهتا فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ذلك
Wahai anakku! Jika aku mati, maka galilah liang lahad untukku dan letakkanlah
aku ke dalam liang lahadku. Kemudian bacalah ‘Dengan nama Allah dan di atas
millah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Kemudian taburkanlah tanah
atasku dengan benar. Kemudian bacakanlah di sisi kepalaku awal al-Baqarah dan
akhirnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam berkata demikian.”
Dan terdapat juga hadith marfu’ dari Abdullah bin Umar ra, ia
berkata:
سمعت النبي صلى الله عليه و
سلم يقول : إذا مات أحدكم فلا تحبسوه و أسرعوا به إلى قبره و ليقرأ عند رأسه فاتحة
الكتاب و عند رجليه بخاتمة البقرة في قبره
Aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jika
salah seorang dari kalian meninggal dunia, maka jangan kalian tahan jenazahnya
dan bercepat-cepatlah membawanya ke kuburnya dan hendaknya dibacakan pada sisi
kepalanya dengan al-Fatihah dan di sisi kakinya dengan akhir al-Baqarah
dikuburnya.” (HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 7/16 no. 9294; ad-Dailami dalam
Musnad Firdaus 1/218 no. 1115 dan at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 12/444 no.
13613). Dengan sanad:-
Telah mengkhabarkan kepadaku Al-‘Abbas bin Muhammad bin Ahmad bin
‘Abdil-Karim, ia berkata : Telah menceritakan kepadaku Abu Syu’aib ‘Abdullah
bin Al-Husain bin Ahmad bin Syu’aib Al-Harrani dari Kinanah, ia berkata : Telah
menceritakan kepadaku Yahya bin ‘Abdillah Adl-Dhahhak : Telah
menceritakan kepada kami Ayyub bin Nahik Al-Halabi maula keluarga Sa’d
bin Abi Waqqash, ia berkata : Aku mendengar ‘Atha’ bin Abi Rabbah Al-Makki, ia
berkata : Aku mendengar Ibnu ‘Umar, ia berkata :
Kesemua hadith di atas dhaif kerana beberapa hal:-
1)
Riwayat ini Idhthirab
(bergoncang) pada matan. Yang manakah yang benar? adakah mendengar dari Nabi
saw atau melihat Ibnu Umar?. Idhthirab adalah salah satu ciri hadith dhaif
(at-Taqrib Imam Nawawi hal. 6).
2)
Abdurrahman bin
Al-‘Ala ini majhul ain, tidak ada yang meriwayatkan darinya selain Mubassyir
bin Ismail (Mizanul ‘Itidal 5/579). Majhul ain adalah apabila perawi disebutkan
namanya dan hanya satu orang meriwayatkan darinya (Nukhbatul Fikar hal. 230).
3)
Atsar ini syadz
dan tidak sahih pula sanadnya menurut Imam al-Subki, tidak seorang pun sahabat
menyepakatinya (Takmilah Syarah al-Muhazzab 10/429). Dan pendapat ini disepakati
oleh Syeikh Muhammad bin Ahmad Abdus Salam dalam Hukum al-Qiraah ‘ala al-Amwat
tahqiq Mammud Mahdi al-Istambuli hal. 25.
4)
Manakala, sanad
hadith Ibnu Umar yang marfu’ pula sangat lemah, kerani terdapat perawi dhaif
bernama Yahya bin Abdullah al-Babilati (Majma Zawaid 3/161 no. 4242).
5)
Syeikh
al-Albani pula berkata terdapat juga perawi yang lain sangat dhaif iaitu
gurunya Yahya bin Abdullah iaitu, Ayyub bin Nahik. Beliau membawakan nuqilan
az-Zahabi yang mengatakan Ayyub itu ditinggalkan riwayatnya oleh ahli hadith
(Silsilah hadith Dhaif 9/153).
No comments:
Post a Comment