Wednesday, 30 September 2020

Imam Ahmad suruh baca al-Quran di kuburan

 

Telah diriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa beliau berkata: “Apabila kamu masuk ke kubur bacalah ayat al-Kursi dan tiga kali Qulhuwallah (surah al-Ikhlas), kemudian katalah: “Ya Allah sesungguhnya kelebihannya untuk ahli kubur ini.”(Thabaqat Hanabilah 1/264).

 

Hadith larangan menjadikan kuburan sebagai tempat ibadat

 

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

 

Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaithan berlari dari rumah yang dibacakan) padanya surat Al-Baqarah. (HR. Muslim no. 780

 

 

Al-Qadhii Al-Baidhawi As Syafi'i rahimahullah yang saat menjelaskan makna pertama hadith di atas, yakni:

 

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ

Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan.

 

Maka beliau menjelaskan:

 

أي: لا تجعلوا بيوتكم كالمقابر خالية عن الذكر والطاعة , واجعلوا لها نصيبا من القراءة والصلاة.

 

Maksudnya adalah janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan, yang begitu sunyi dari zikir dan ketaatan, bahkan semestinya pada rumah kalian berilah ruang untuk peribadatan dari membaca Al-Quran dan solat". (Tuhfat al-Abrar Syarah Mashabihus Sunnah 1/522).

 

Ibnul Hajar rahimahullah saat menjelaskan hadith di atas berkata:

 

وقد نقل بن المنذر عن أكثر أهل العلم إنهم استدلوا بهذا الحديث على أن المقبرة ليست بموضع الصلاة وكذا قال البغوي في شرح السنة والخطابي

 

Ibnul Munzhir rahimahullah telah menukilkan dari majoriti Ulama bahawa dengan berlandaskan hadith ini, maka majoriti Ulama menetapkan, kuburan itu bukan merupakan tempat solat. Hal yang sama juga dinyatakan oleh Al Baghawi rahimahullah dalam Syarhus Sunnah dan Al Khathabi rahimahullah". (Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari 1/529).

 

Lebih  lagi  menunjukkan pada dasarnya kuburan memang bukan tempat peribadatan semisal solat, mengaji, berzikir dan sebagainya.

 

Hal ini sebagaimana dikatakan oleh Al Khurasyi Al Maliki rahimahullah yang pernah berkata:

 

أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَيْسَتْ أَيْضًا مَشْرُوعَةً بَعْدَ الْمَوْتِ وَلَا عِنْدَ الْقَبْرِ ، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِ السَّلَفِ

 

Sesungguhnya membaca Al-Quran juga tidak disyariatkan setelah kematian dan juga (baca) di kuburan, kerana perkara tersebut bukan perbuatan Ulama Salaf. (Syarah Mukhtashur Khalil lil Khurasyi 5/464).

 

 

قال الإمام أحمد لمن رآه يقرأ على القبر: يا هذا إن قراءة القرآن على القبر بدعة.

 

Imam Ahmad rahimahullah menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya tentang orang yang membaca Al-Quran di kuburan: "Hai fulan, sesungguhnya membaca Al-Quran di pekuburan adalah bidaah". (Hukmu Qira’ah ‘alal Amwat, Al Huwamidi rahimahullah hal. 21).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...