Imam Ahmad bin Hanbal merupakan seorang imam yang paling banyak
menghimpun hadith dan berpegang teguh padanya, sehingga beliau benci menjamah
kitab-kitab yang memuat masalah furu’ dan ra’yu (Manaqib Hanabilah hal. 192).
1.
مَنْ رَدَّ حَدِيْثَ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهُوَ عَلَى شَفَا هَلَكَةٍ
Barangsiapa yang menolak hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam, maka ia bererti telah menempatkan diri dalam jurang kebinasaan (Al-Ibaanah
libni Baththah 1/260 no. 97)
2.
” عجبت لقوم عرفوا
الإسناد وصحته ويذهبون إلى رأي سفيان – أي الثوري – والله تعالى يقول :
((فَلْيَحْذَرِ الَذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ))
أتدري ما الفتنة؟ الفتنة الشرك، لعله إذا ردّ بعض قوله ، أن يقع في قلبه شيء من
الزيغ فيهلك .
Aku hairan terhadap suatu kaum yang telah mengetahui sanad dan
kesahihannya (hadith, pent-), mereka (malah) pergi kepada pendapatnya Sufyan
(Ats-Tsaury), padahal Allah Ta’ala telah berfirman dalam QS an-Nur: 63:-
((فَلْيَحْذَرِ
الَذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ))
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan
ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.”,
Tahukah kamu apa itu fitnah/cubaan?, fitnah/cubaan itu adalah
kesyirikan, mungkin jika ia menolak sebahagian sabdanya, akan terdapat di dalam
hatinya sesuatu dari penyimpangan maka akhirnya ia binasa.” (Al Furu’, 6/375, Ibnu Muflih dan Ash-Sharim Al Maslul Syaikhul Islam, 2/116-117).
3.
Janganlah
engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Sayfi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi
ambillah dari sumber mereka mengambil (al-I’Ilam al-Muwaqqin 2/302).
4.
Pada riwayat
lain disebutkan : “Janganlah kamu taqlid kepada siapapun mereka dalam urusan
agamamu. Apa yang datang dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para
sahabatnya, itulah hendaknya yang kamu ambil. Adapun tentang tabi’in, setiap
orang boleh memilihnya (menolak atau menerima)” Kali lain dia berkata: “Yang
dinamakan ittiba’ iaitu mengikuti apa yang datang dari Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam dan para sahabatnya, sedangkan yang datang dari para tabi’in boleh
dipilih” (Atsar riwayat Abu Daud dalam Masail Imam Ahmad hal. 276-277).
5.
Pendapat
Auza’i, Malik dan Abu Hanifah adalah ra’yu (akal). Bagi saya semua ra’yu sama
saja, tetapi yang menjadi hujjah agama adalah yang ada pada atsar (hadith)”
(Jami al-Bayan Ibnu Abdil Barr 2/149).
No comments:
Post a Comment