Beberapa kalimat dari doa nurbuat
berasal dari hadits Jibril yang mengajarkan Nabi doa untuk mengubati mata kedua
cucunya Hasan dan Husain berdasarkan hadith riwayat Ibnu Asakir di bawah.
Matan hadith
ﻋﻦ ﻋﻠﻲ – ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ – : ( ﺃﻥ ﺟﺒﺮﻳﻞ ﺃﺗﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻮﺍﻓﻘﻪ
ﻣﻐﺘﻤﺎً ﻓﻘﺎﻝ : ﻳﺎ ﻣﺤﻤﺪ ، ﻣﺎ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻐﻢ ﺍﻟﺬﻱ ﺃﺭﺍﻩ ﻓﻲ ﻭﺟﻬﻚ ؟ ﻗﺎﻝ ” ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﺍﻟﺤﺴﻴﻦ ﺃﺻﺎﺑﺘﻬﻤﺎ
ﻋﻴﻦ ” ﻗﺎﻝ : ﺻﺪِّﻕ ﺑﺎﻟﻌﻴﻦ ، ﻓﺈﻥ ﺍﻟﻌﻴﻦ ﺣﻖ ، ﺃﻓﻼ ﻋﻮﺫﺗﻬﻤﺎ ﺑﻬﺆﻻﺀ ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ؟ ﻗﺎﻝ : ” ﻭﻣﺎ
ﻫﻦ ﻳﺎ ﺟﺒﺮﻳﻞ ” ﻗﺎﻝ : ﻗﻞ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺫﺍ ﺍﻟﺴﻠﻄﺎﻥ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ، ﺫﺍ ﺍﻟﻤﻦ ﺍﻟﻘﺪﻳﻢ ، ﺫﺍ ﺍﻟﻮﺟﻪ ﺍﻟﻜﺮﻳﻢ
، ﻭﻟﻲ ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ﺍﻟﺘﺎﻣﺎﺕ ، ﻭﺍﻟﺪﻋﻮﺍﺕ ﺍﻟﻤﺴﺘﺠﺎﺑﺎﺕ ، ﻋﺎﻑِ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﺍﻟﺤﺴﻴﻦ ﻣﻦ ﺃﻧﻔﺲ ﺍﻟﺠﻦ ﻭﺃﻋﻴﻦ
ﺍﻹﻧﺲ ﻓﻘﺎﻟﻬﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻣﺎ ﻳﻠﻌﺒﺎﻥ ﺑﻴﻦ ﻳﺪﻳﻪ ، ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ” ﻋﻮّﺫﻭﺍ ﺃﻧﻔﺴﻜﻢ ﻭﻧﺴﺎﺀﻛﻢ ﻭﺃﻭﻻﺩﻛﻢ ﺑﻬﺬﺍ ﺍﻟﺘﻌﻮﻳﺬ ، ﻓﺈﻧﻪ ﻟﻢ ﻳﺘﻌﻮﺫ ﺍﻟﻤﺘﻌﻮﺫﻭﻥ
ﺑﻤﺜﻠﻪ
Terjemahan
Dari Ali bin Abi Thalib bahwa
malaikat Jibril datang pada Nabi yang sedang tampak sedih. Jibril bertanya:
Wahai Muhammad, kenapa wajahmu tampak sedih? Nabi menjawab: Hasan dan Husain
sedang ditimpa penyakit ain. Jibril berkata: sembuhkan ainnya kerana ain itu
benar. Apakah kamu tidak mendoakan keduanya dengan kalimat-kalimat itu? Nabi
bertanya: Kalimat apa? Jibril menjawab: Katakan ”
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺫﺍ ﺍﻟﺴﻠﻄﺎﻥ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﺫﺍ ﺍﻟﻤﻦ ﺍﻟﻘﺪﻳﻢ ، ﺫﺍ ﺍﻟﻮﺟﻪ ﺍﻟﻜﺮﻳﻢ
، ﻭﻟﻲ ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ﺍﻟﺘﺎﻣﺎﺕ ، ﻭﺍﻟﺪﻋﻮﺍﺕ ﺍﻟﻤﺴﺘﺠﺎﺑﺎﺕ ، ﻋﺎﻑِ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﺍﻟﺤﺴﻴﻦ ﻣﻦ ﺃﻧﻔﺲ ﺍﻟﺠﻦ ﻭﺃﻋﻴﻦ
ﺍﻹﻧﺲ ”
Kemudian Nabi mengucapkan doa
tersebut maka Hasan dan Husain langsung dapat berdiri dan bermain di sekitar
Nabi. Nabi bersabda: mintalah perlindungan untuk dirimu, isterimu dan
anak-anakmu dengan doa ini.
Takhrij
HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh
Dimasyq 8/503.
Ibnu Katsir dalam tafsirnya 8/207, menaqalkan perkataan al-Khatib
al-Baghdadi bahawasanya hadith ini diriwayatkan berseorangan oleh Abu Raja'
Muhammad bin Ubadillah al-Hayathi dari ahli Tustar. Dia tidak jelas perihalnya.
al-Haithami dalam Majma Zawaid
5/113, hadith itu dan lafaz demikian tidak dikenali.
Menurut fatwa al-Mesykat no.
603.....hadith ini tidak sahih, dhaif.
terdapat perawi yang tertuduh
pendusta, al-Harits al-'Awar.
Rujukan
No comments:
Post a Comment