Friday, 18 December 2020

Hadith Ali bin Abi Thalib ra lahir di dalam Kaabah

 

Hadith-hadith syiah majoriti adalah rekaan.

 

Dan kebanyakan hadith kelahiran ali ra. dicuri dari hadith peristiwa kelahiran nabi saw.....kebodohan syiah adalah, dia curi semua baik sahih dhaif palsu...dan jelas majoriti peristiwa kelahiran nabi saw adalah hadith yang tak sahih.

 

Abu Ya'la al-Khalili meriwayatkan syiah rafidah memalsukan 300 000 hadith berkaitan ali dan ahlul bait (al-Manarul Munif hal. 292).

 

dan kebanyakan gelaran pada Ali ra mereka cilok dari gelaran para sahabat...spt:-

 

al-siddiq cilok dari gelaran Abu Bakar ra

 

al-Farouk cilok dari gelaran Umar ra.

 

maka begitulah juga kaedahnya mereka cilok riwayat sahabat Hakim bin Hizam yang lahir dalam Ka'bah (HR. Muslim no. 1532) kepada Ali ra.

 

begitu juga riwayat Ali ra lahir dalam keadaan sujud, cilok darinhadith tak sahih kelahiran Nabi saw.

 

Hadith kelahiran Ali ra dalam riwayat syiah ini pun dinilai dhaif oleh syiah (Ayatul'syaitan' Asif Mohsini, Mashaarat Bihar al-Anwar 2/83-84).

 

Ayatullah Sayyid Abul Fadhl Burqa’ii juga menilai riwayat ini palsu dan satu penipuan Syiah, beliau mengakatakan kelebihan Ali ra adalah lebih dari ini, tidak perlu disandarkan pada riwayat yang palsu (Khurafaat al-wafoor dar Ziyarat al-Qubur hal. 152).

 

 *Ayatullah Sayyid Abul Fadhl Burqa’ii telah bertaubat dari Syiah.

 

 

Manakala di sisi riwayat ahlus sunnah, ia ditemukan dalam kitab :-

 

-Manaqib Ali bin Abi Thalib ra oleh al-Maghazli no. 6, sanadnya dhaif jiddan

 

-Akhbar Makkah no. 2018

 

-Mustadrak al-Hakim 3/482

 

تواترت الأخبار بأن فاطمة ولدت عليا في جوف الكعبة

 

Telah mutawatir bahawasanya Fatimah bin Asad melahirkan Ali ra di dalam Ka'bah (Palsu menurut Syarif Hatim al-Auni dalam Minhaj Sunnah Nabawiyyah 7/15).

 

as-Suyuthi sendiri mendhaifkan riwayat al-Hakim ini:-

 

و ما وقع فی مستدرک الحاکم من ان علیا ً ولد فیھا ضعیف۔ ﴿تدریب الراوی ص۳۵٦﴾

 

Berkenaan riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya bahawasanya Ali lahir di dalam Ka'bah, maka itu adalah dhaif (Tadribur  al-Rawi 2/204).

 

Imam Nawawi juga mendhaifkan hadith tersebut

 

واما ماروي ان علي بن ابي طالب رضي الله عنه ولد فيها فضعيف عند العلماء۔(تہذیب الاسماء واللغات للنووی:ج1 ص149)

 

Berkaitan kelahiran Ali ra dalam Ka'bah ia adalah dhaif menurut ulama. (Tahzib al-Aswa wal Lughat 1/149).

 

 

Sudah jelas, ia pelik dan ia telah dinilai sebagai riwayat yang direka-reka dan palsu (Syeikh Abu Yahya Nurpuri dalam As-Sunnah no. 55-60), kerana banyak perawi yang majhul.

 

 

Retak pada ka'bah setiap 13 Rejab

 

Bukti ia satu pembohongan tak logik adalah....masakan sepanjang sejarah bermula kelahiran Ali ra sehingga sekarang, tidak ditemukan dalam catatan sejarah umat Islam bahawasanya Ka'bah retak setiap 13 Rejab???

 

Kalau peristiwa itu berlaku setiap tahun, pastu sejarawan islam seperti Ibnu Ishak, Ibnu Hisyam, at-Thabari, az-Zahabi, Ibnu Hajar menulisnya di dalam kitab-kitab mereka.

 

dan ironinya, jika ia berlaku di zaman moden sekarang, kerana tidak keluar tv, surat khabar, fb, media sosial lain keretakan itu nampak dan dapat dirakam. Kerana Ka'bah belum pernah sunyi daripada orang bertawaf. Mustahil orang bertawaf, penguatkuasa, o

pekerja pembersihan masjid tak nampak????

 

Jika benar claim syiah ini, kita mintak bukti bergambar sahih mereka untuk tunjuk rekahan itu berlaku setiap 13 Rejab selama 5 tahun saja.....boleh???

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 128699

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 171581

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...