Matan hadith
عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ
مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ اَلنَّبِيِّ قَالَ: اَلرِّبَا ثَلاثَةٌ
وَسَبْعُونَ بَابًا أَيْسَرُهَا مِثْلُ أَنْ يَنْكِحَ اَلرَّجُلُ أُمَّهُ
Terjemahan
Dari Abdullah bin Masud ra dari Nabi SAW bersabda,"Riba itu terdiri
dari 73 pintu. Pintu yang paling ringan seperti seorang laki-laki menikahi
ibunya sendiri.
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 5131 dan Al-Hakim no. 2259,
daripada Ibnu Mas'ud ra.
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 3539 dan Ahmad
Syakir dalam Umdatul Tafsir 1/332.(kerana ada penyokong dari Abu Hurairah dan
Aisyah).
Manakala Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/247 berkata tidak ada satupun
hadith yang sahih dalam bab ini. Kerana terdapat sejumlah perawi-perawi yang
bermasalah dijarh munkarul hadith oleh Imam Bukhari seperti Abu Mujahid dan
Thalhah bin Zaid.
Al-Muallimi ketika mentahqiq kitab al-Fawaid al-Majmuah 1/150 berkata:
والذي يظهر لي أن الخبر لا
يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم البتة
“yang jelas tampak bagiku bahawa khabar (seputar topik ini) tidak benar
sama sekali berasal dari Nabi SAW.”
Perkara ini juga diutarakan oleh Abu Ishaq al-Huwaini dalam Ghauts
al-Makdud 2/217 no. 647, takhrij kepada kitab Ibnu Jarud menilai hadith ini
batil matannnya mudhtarib.
Syekh ‘Ali as-Shayyah, dalam Ahadith Ta'zhim al-Riba 'Ala al-Zina hal.
176, selepas melakukan kajian tentang hadith seputar ini. Beliau menyimpulkan:
لم يصح شيء مرفوع إلى النبي
صلى الله عليه وسلم في تَعْظيمِ الرّبَا على الزنا
“Tidak satupun hadith yang marfu’ bersambung kepada Nabi dalam topik
lebih besarnya dosa riba daripada perbuatan zina”.
Bahkan masih ada lagi hadith yang agak mirip, iaitu haramnya dosa riba
lainnya adalah setara dengan 36 perempuan penzina. Yang ini pun menuai
perbezaan pendapat dikalangan ulama:-
عَنْ عَبْدِ الله بْنِ
حَنْظَلَة غَسِيلُ المَلاَئِكةِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله ِدرْهَمُ رِبَا
يَأْكُلُهُ الرَّجُلُ وَهُوَ يَعْلَمُ أَشَدُّ مِنْ سِتٍّ وَثَلاَثِيْنَ زَنِيَّة
Dari Abdullah bin Hanzhalah ra berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda,"Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dalam keadaan
sedar, jauh lebih dasyat dari pada 36 wanita penzina. (HR. Ahmad no. 22007,
al-Bazzar 8/310, al-Daraquthni 3/403)
Ia disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Ghiyatul Maram no. 172
Manakala Ibnu Abdil Barr berkata hadith ini mursal, kerana Abdullah bin
Hanzhalah bukanlah sahabat sepertimana disebutkan oleh Imam Bukhari (Tuhfat
al-Tahsisl fi Marasil 1/273). Dan didalam jalur sanad terdapat perawi-perawi
yang bermasalah dijarh dengan berat oleh Imam Ahmad, Abu Hatim, al-Bukhari,
an-Nasaie, bernama Imran ibn Anas Abu Nas al-Maki dan Sawwar ibn Mus’ab (Taqribut Tahzib 1/749).
Kesimpulan
Kesemua jalurnya lemah dan tidak mampu saling menguatkan.
No comments:
Post a Comment