Monday, 14 December 2020

Hadith Fatimah ra adalah bidadari manusia, tidak mengalami haid, beraroma syurga?

 

Matan hadith

 

وَأخرج الطَّبَرَانِيّ عَن عَائِشَة رَضِي الله عَنْهَا قَالَت: قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم: لما أسرِي بِي إِلَى السَّمَاء أدخلت الْجنَّة فَوَقَعت على شَجَرَة من أَشجَار الْجنَّة لم أر فِي الْجنَّة أحسن مِنْهَا وَلَا أَبيض وَرقا وَلَا أطيب ثَمَرَة فتناولت ثَمَرَة من ثمراتها فَأَكَلتهَا فَصَارَت نُطْفَة فِي صلبي فَلَمَّا هَبَطت إِلَى الأَرْض واقعت خَدِيجَة فَحملت بفاطمة رَضِي الله عَنْهَا فَإِذا أَنا اشْتقت إِلَى ريح الْجنَّة شممت ريح فَاطِمَة

 

Terjemahan

 

Aisyah ra. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Ketika aku dalam perjalanan ke langit, aku dimasukkan ke syurga, lalu berhenti di sebuah pohon dari pohon-pohon syurga. Aku melihat yang lebih indah dari pohon yang satu itu, daunnya paling putih, buahnya paling harum. Kemudian, aku mendapatkan buahnya, lalu aku makan. Buah itu menjadi nuthfah di sulbiku. Setelah aku sampai di bumi, aku berhubungan dengan Khadijah, kemudian ia mengandung Fatimah. Setelah itu, setiap aku rindu aroma syurga, aku menciumi Fatimah

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 22/400, Abu Nua’im dalam Tarikh Asbahan 1/108, al-Khatib dalam tarikh Baghdad 5/87. Juga disebutkan oleh As-Suyuthi dalam tafsirnya Dural al-Manthur 5/218, daripada Aisyah ra.

 

Al-haithami berkata dalam Majma Zawaid 9/205, sanadnya parah, terdapat perawi pendusta, lemah, matruk dan tak dikenali.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3242.

 

 

Dalam sanad lain daripada Sa’d bin Malik ra diriwayatkan pula oleh al-Hakim dalam Mustadraknya no. 4738:

 

أتاني جبريلُ عليه الصلاةُ والسلامُ بسفرْجلةِ من الجنةِ؛ فأكلتُها ليلةَ أُسريَ بي، فعلقتْ خديجةُ بفاطمةَ، فكنت إذا اشتقتُ إلى رائحةِ الجنةِ؛ شممتُ رقبةَ فاطمةَ

 

Rasulullah saw bersabda, Jibril menemuiku dengan membawa buah dari Syurga, maka aku memakannya pada malam isra’ , lalu Khadijah menggendong Fatimah. Oleh kerana itulah bila aku rindu aroma syurga, aku akan mencium leher Fatimah.

 

Al-Hakim berkata hadith ini gharib dari segi sanad mahupun matan. Syihab bin Harb adalah perawi yang majhul dan selainnya adalah tsiqah.

 

Az-Zahabi membantah dalam al-Talkhish, ini adalah kedustaan yang jelas, kerana Fatimah lahir sebelum kenabian.  Hadith ini merupakan hadith palsu rekaan Muslim bin Isa as-Shaffar yang dinisbatkan kepada al-Khuraibi dari Syihab. (Mustadrak 3/168)

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5027.

 

 

 

Matan hadith

 

ابنتى فاطمة حوراء آدمية لم تحض ولم تطمث وإنما سماها الله تعالى فاطمة لأن الله تعالى فطمها ومحبيها عن النار

 

Terjemahan

 

Puteriku Fatimah manusia bidadari. Tidak pernah haid dan nifas. Allah menamainya Fatimah, kerana Allah menyapihnya dan menjauhkannya dari neraka.

 

Takhrij

 

HR. al-Khatib Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 12/328, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Al-Khatib berkata hadith ini datang lebih daripada satu sanad, akan tetapi semuanya tidak tsabit dari Nabi saw.

 

Ibnu Jauzi memasukkannya dalam al-Maudhuat beliau 2/225.

 

Az-Zahabi berkata dalam Tartib Maudhuat no. 132, sanadnya kelam tak diketahui.

 

Al-Kinani dalam Tanzih Syariah 1/412 berkta hadith ini tidak sahih, terdapat beberapa perawi yang majhul.

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 428 menilai hadith ini palsu.



Rujukan

 Fatwa Syabakah Islamiyah no. 407044

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...