Monday, 14 December 2020

Hadith lautan meminta izin untuk membinasakan manusia kerana dosa yang dilakukan

 

Matan hadith

 

لَيْسَ مِنْ لَيْلَةٍ إِلاَّ وَالْبَحْرُ يُشْرِفُ فِيهَا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ عَلَى الأَرْضِ يَسْتَأْذِنُ اللَّهَ فِى أَنْ يَنْفَضِخَ عَلَيْهِمْ فَيَكُفُّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ

 

Terjemahan

 

Tidak ada satu malam kecuali air laut melihat ke bumi (yang dekat dengannya) tiga kali, dia meminta izin kepada Allah untuk menenggelamkan penduduknya (iaitu kerana dosa-dosa), maka Allah menahannya (sebagai rahmat dari Allah)”

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 303, ad-Dailami no. 5165, daripada umar al-Khattab

 

Syeikh Ahmad Syajkir dan Syuaib al-Arnauth menilai sanadnya lemah.

 

Syeikh al-Albani rahimahullah mendhaifkan hadith ini di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4392.

 

Di dalam sanadnya ada rawi yang tidak disebutkan namanya.

 

Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya mengatakan: “Di dalamnya ada laki-laki yang mubham, tidak disebutkan namanya” (tafsir Ibnu Katsir Surah Ath-Thuur ayat 6 )

 

Ibnul Jauzi rahimahullah mencantumkan hadith ini dalam kitab Al ‘Ilal Al Mutanaahiyah no. 37. Kitab ini yang berisi kumpulan hadith-hadith lemah, dan belaiu mengatakan: “Al ‘Awwaam (nama rawi) lemah, dan syeikh (rawi) yang tersebut di dalamnya adalah majhul (tidak diketahui)”.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...