1- bau mulut mereka bau syurga
ريح الولد من ريح الجنة
Bau anak daripada bau syurga
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/82 no. 5860, Ibnu Hibban dalam
al-Majruhin 2/281, daripada Ibnu Abbas ra. Didhaifkan oleh at-Thabarani dan
Ibnu Hibban
Hadith ini tidak terpelihara (dhaif) menurut Ibnu Adi dalam al-Kamil fi
Dhuafa' 7/350.
Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini dalam Dhaif Jami' no. 3145.
2- Syurga untuk orang menyukai kanak-kanak
إِنَّ في الجنة دارا يقال
لها دار الفرح لا يدخلها إلا من فَرَّحَ الصبيان
Sesungguhnya di surga ada satu rumah yang bernama Rumah Kegembiraan. Tiada yang memasukinya kecuali orang yang
menggembirakan anak-anak kecil.
Takhrij
HR. Abu Ya'la sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Lubabul
Hadith, daripada Aisyah ra.
Didhaifkan oleh Ibn Qaisarani dalam Dzakiratul Huffaz 2/938.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami' no. 1893.
Dalam hadith lain yang diriwayatkan Imam Hamzah bin Yusuf dan Imam Ibnu
Najar dari ‘Uqbah bin Amir al-Juhani :
إن في الجنة دارا يقال دار
الفرح لا يدخلها الا من فرح يتامى المؤمنين
Sesungguhnya di syurga ada rumah bernama Rumah Kegembiraan. Tiada yang
memasukinya kecuali orang yang menggembirakan anak-anak yatim orang-orang
mukmin.
Hadith ini juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no.
1894.
3- Menyenangkan anak perempuan
ومن رق لأنثى فكأنما بكى من
خشيةِ اللهِ ومن بكى من خشيةِ اللهِ غفر اللهُ له ومن فرَّح أنثى فرَّحه اللهُ يوم
الحزنِ
Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan
orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis
kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
Takhrij
HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/290, Ibnu Adi dalam Kamil fi Dhuafa'
4/240, Ibn Jauzi dalam al-Maudhuat 2/276, daripada Anas bin Malik ra.
Ibnu Hibban menilai hadith batil tidak mempunyai asal.
Hadith dhaif menurut Ibnu Adi.
Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu dalam al-Maudhuat 3/78.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 6517.
4- Ciumlah anak
قبلوا أولادكم فان لكم بكل
قبلة درجة في الجنة ما بين كل درجتين خمسمائة عام
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
Takhrij
Tidak ditemui asal dalam kitab hadith muktabar sunnah.
Ia ditemukan dalam kitab Syiah Makarim al-Akhlak oleh Al-Tabrisi 1/220, dan Jamius al-Hadith Syiah 21/415, tanpa sanad.
Ibnu Iraq al-Kinani memasukkan hadith ini dalam kitab himpunan hadith
palsu beliau, Tanzih Syariah 2/267, no. 64.
No comments:
Post a Comment