Monday, 14 December 2020

Hadith kalau tidak kerana Muhammad

 

Matan hadith

 

أوحى اللَّهُ إلى عيسى عليْهِ السَّلامُ يا عَيسى آمِن بمحمَّدٍ وأْمُرْ من أدرَكَهُ من أمَّتِكَ أن يؤمِنوا بِهِ فلولا محمَّدٌ ما خلقتُ آدمَ ولولا محمَّدٌ ما خلقتُ الجنَّةَ ولا النّارَ ولقد خلقتُ العرشَ على الماءِ فاضطربَ فَكتبتُ عليْهِ لا إلَهَ إلّا اللَّهُ محمَّدٌ رسولٌ اللَّهِ فسَكنَ

 

Terjemahan

 

Dari Ibnu 'Abbas; Allah wahyukn kepada Isa as ibnu Maryam bahawa membenarkn Muhammad dan perintahkan umatmu megikutinya, jika tidak kerana Muhammad tidak akan diciptakan Adam, tidak diciptakan syurga dan tidak diciptakan neraka, sesungguhnya sewaktu Aku ciptakan Arasy di atas air maka bergoncanglah ia, maka aku pasakkan dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH maka diamlah ia.

 

Takhrij

 

HR. Hakim al-Hakim dalam Mustadrak 2/671, daripada Ibnu Abbas ra. Beliau menilai sanad hadith ini sahih, dan DIBANTAH oleh az-Zahabi dalam al-Talkhish, bagi beliau hadith ini jelas kepalsuannya.

 

as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah hal. 326 membawakan penilaian hadith ini palsu oleh al-San'ani.

 

Ibnu Taimiyah berkata dalam Majmu Fatawa 11/86-96, hadith ini tidak diketahui asal usulnya, tidak diketahui akan adakah sahih atau dhaif, tidak diriwayatkan pun dari seorang perawi dari sahabat , melainkan ia adalah perkataan dari orang yang tidak dikenali.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini tidak ada asal dalam Silsilah Hadith Dhafi no. 280.

 

Syeikh Ibn Bazz dalam Fatawa Nur Ala Darb no. 46 menilai hadith ini dusta dan tidak mempunyai asal, dan matannya rosak.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 23290

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...