Thursday, 17 December 2020

Hadith-hadith kelebihan nama Nabi saw

 

Dinukil dari Kitab Sa’adatuddarain 373-391 (Karya Syekh Yusuf Bin Ismail An Nabhani), berikut adalah takhrij hadith-hadith yang disebutkan:-

 

1.        

ﻻ ﻳﺪﺧﻞ ﺍﻟﻔﻘﺮ ﺑﻴﺘﺎ ﻓﻴﻪ ﺍﺳﻤﻰ

 

Kefakiran tidak akan memasuki rumah yang didalamnya terdapat namaku.

 

Takhrij

 

Sanadnya munkar jiddan menurut Ibnu Adi daalm al-Kamil fi Dhuafa’ 7/350.

 

Ibnu Qaisarini dalam Dzakiratul Huffaz 5/2711 menilai hadith ini munkar jiddan.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih dalam al-Maudhuat 1/239.

 

Az-Zahabi menilai hadith ini palsu dalam Tartib Maudhuat no. 32 kerana ada perawi dituduh pendusta oleh imam Ahmad bernama Ibn Abdul Malik.

 

As-Syaukani menilai sanadnya palsu dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 471.

 

Hadith ini juga itemukan juga dalam kitab hadith Syiah, al-Kafi 6/19 dan Wasail Syiah no. 27395.

 

 

2.        

ﻣﺎ ﻣﻦ ﺍﻫﻞ ﺑﻴﺖ ﻓﻴﻬﻢ ﺍﺳﻢ ﻧﺒﻲ ﺍﻻ ﺑﻌﺚ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﻟﻴﻬﻢ ﻣﻠﻜﺎ ﻳﻘﺪﺳﻬﻢ ﺑﺎﻟﻐﺪﺍﺓ ﻭﺍﻟﻌﺸﻲ

 

Tidak ada dari sebuah keluarga yang di dalamnya ada nama nabi melainkan ALLAH SWT akan mengutus padanya seorang malaikat yang membaca tasbih untuk mereka pagi dan petang.

 

Takhrij

 

HR. Abu Nua’im dalam Tarikh Asbahan 1/318, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 14/240 dan ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 6172, daripada Ali ra.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih dalam al-Maudhuat 1/154.

 

Az-Zahabi menilai hadith ini palsu dalam Tartib Maudhuat no. 46

 

Ibn Iraq al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah 1/197 menilai hadith ini dhaif dan ada syahidnya.

 

As-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 469 berkata dalam sanadnya terdapat perawi pendusta.

 

Hadith ini  juga ditemukan dalam kitab syiah , Wasail Syiah no. 273983 dan al-Amali al-Thusi 2/124.

 

3.        

ﻣﻦ ﻭﻟﺪ ﻟﻪ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻭﻻﺩ ﻭﻟﻢ ﻳﺴﻢ ﺃﺣﺪﻫﻢ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﻓﻘﺪ ﺟﻬﻞ

 

Barang siapa mempunyai tiga anak dan salah satunya tidak ada yang diberi nama MUHAMMAD maka dia benar-benar BODOH.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 11/71 no. 11077, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 8/52 menyatakan sanad hadith ini terdapat perawi pendusta bernama Umar bin Musa bin Wajihi.

 

Syeikh al-Albani menilainya palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 437.

 

Palsu menurut kajian Dorar.net (https://dorar.net/fake-hadith/153).

 

Hadith ini  juga ditemukan dalam kitab syiah , Wasail Syiah no. 273984.

 

4.        

 

ﻣﺎ ﻣﻦ ﺑﻴﺖ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﺍﺳﻤﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺍﻻ ﻻﻳﺨﻠﻮﺍ ﻋﻦ ﺧﻴﺮ

 

Tidak ada rumah yang didalamnya terdapat seseorang yang bernama MUHAMMAD melainkan rumah itu tidak akan sepi dari kebaikan.

 

Takhrij

 

Tidak sahih menurut Kajian Dar Alifta Jordan no. 540.

 

 

5.        

 

ﻳﻨﺎﺩﻯ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﻳﺎ ﻣﺤﻤﺪ، ﻓﻴﺮﻓﻊ ﺭﺃﺳﻪ ﻓﻰ ﺍﻟﻤﻮﻗﻒ ﻣﻦ ﺍﺳﻤﻪ ﻣﺤﻤﺪ، ﻓﻴﻘﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ : ﺃﺷﻬﺪﻛﻢ ﺃﻧﻰ ﻗﺪ ﻏﻔﺮﺕ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ ﺍﺳﻤﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﺳﻢ ﻣﺤﻤﺪ ﻧﺒﻴﻰ

 

Dihari kiamat akan dipanggil “Wahai MUHAMMAD” lalu setiap orang yang bernama MUHAMMAD mengangkat kepalanya, ALLAH Azza wajalla berfirman: “Saya bersaksi pada kalian bahawa sesungguhnya saya benar-benar akan mengampuni kalian yang namanya menyamai nama nabi MUHAMMAD.

 

Takhrij

 

Disebutkan oleh al-Haithami dalam Majma Zawaid 7/206 dan Ibnu Qayyim dalam kitab petanda hadith tidak sahih beliau al-Manarul Munif  hal . 57.

 

6.        

ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ : ﻭﻋﺰﺗﻰ ﻭﺟﻼﻟﻰ ﻻ ﻋﺬﺑﺖ ﺍﺣﺪﺍ ﺗﺴﻤﻰ ﺑﺎﺳﻤﻚ ﻓﻰ ﺍﻟﻨﺎﺭ

 

ALLAH Azza wajalla berfirman : Demi sifat agungku dan luhurku, Saya tidak akan menyiksa selamanya dineraka seseorang yang diberi nama seperti namamu (MUHAMMAD).

 

Takhrij

 

Disebutkan oleh al-Qasthallani dalam al-Mawahib Laduniyyah 2/672, al-Mutaqi al-Hindi dalam Kanzul Ummal no. 5878 dan as-Suyuthi dalam Durar al-mantsur 1/296. Dimasukkan oleh Mulla Ali Qari dalam al-Asrah Marfuah no. 192 dan al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa’ no. 1245.

 

Kesimpulan

 

Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah menjelaskan,

 

هذا الحديث مكذوب ، وموضوع على الرسول ـ صلى الله عليه وسلم ، وليس لذلك أصل في السنة المطهرة ، فكل ما جاء في هذا من الأخبار لا أساس لها من الصحة ، فالاعتبار بإتباع محمد ، وليس باسمه ـ صلى الله عليه وسلم ، فكم ممن سمي محمداً وهو خبيث ؛ لأنه لم يتبع محمدا ولم ينقد لشريعته ، فالأسماء لا تطهر الناس ، وإنما تطهرهم أعمالهم الصالحة ، وتقواهم لله ـ جل وعل ـ

 

“Ini adalah hadith dusta dan palsu, bukan perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bukanlah termaduk sunnah yang suci. Semua hadith-hadith mengenai hal ini (keutamaan bernama dengan ‘Muhammad’) tidak ada dasarnya untuk dikatakan sahih. Yang menjadi pegangan adalah mengikuti ajaran nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bukan mengikuti namanya. Betapa banyak orang yang bernama Muhammad akan tetapi kelakuannya tidak baik kerana tidak mengikuti ajaran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak patuh terhadap syariat. Nama tidak mensucikan orang, yang mensucikannya adalah amal soleh dan takwa kepada Allah (Fatwa Bin Baz no. 337).

 

 

Kesemua hadith berkenaan kelebihan meletakkan / menggunakan nama Nabi saw adalah tidak sahih malah tidak mempunyai asal dalam kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Dar Alifta Jordan no. 540)

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...