Diceritakan oleh al-Mughirah bin
Syu’bah radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau hendak melamar seorang wanita.
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi saran kepadanya,
انْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا
Lihat dulu calon istrimu, kerana itu
akan lebih mampu membuat kalian saling mencintai. (HR. Ahmad no. 18154,
Tirmidzi no. 1110 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)
Dalam hadith lain dari Abu
Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan, bahawa ada seseorang yang
menyampaikan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa dirinya telah
menikah dengan wanita anshar. Nabipun bertanya,
أَنَظَرْتَ إِلَيْهَا
“Apakah kamu telah melihatnya?”
Jawab orang ini, “Belum.”
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam menyarankan,
فَاذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّ فِى أَعْيُنِ الأَنْصَارِ شَيْئًا
Lihatlah calon isterimu, kerana
di bahagian mata orang ansar ada sesuatu… (HR. Muslim no. 3550)
Sahabat Jabir radhiyallahu ‘anhu
menceritakan,
فخطبت جارية فكنت أتخبأ لها ، حتى رأيت منها ما دعاني إلى نكاحها وتزوجتها
Ketika aku melamar seorang gadis,
aku sembunyi-sembunyi untuk menadzarnya. Hingga aku boleh melihatnyaa, yang
membuatku tertarik untuk menikahinya. Lalu aku menikahinya. (HR. Abu Daud no. 2084 dan dihasankan al-Albani)
Pendapat jumhur diterapkan untuk
nadzar rasmi. Ketika lelaki yang melamar ingin bertemu dengan wanita yang
dilamar, dia boleh datang ke rumahnya dan melihat wajah dan telapak tangan (al-Mausu’ah
al-Fiqhiyah, 19/199).
No comments:
Post a Comment