Monday, 14 December 2020

Hadith keutamaan memberi makan yang tidak sahih

 

Matan hadith

 

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ أَظَلَّهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ تَحْتَ عَرْشِهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: الْوُضُوْءُ فِى الْمَكَارِهِ، وَالْمَشْيُ إِلَى الْمَسْجِدِ فِى الظُّلْمِ وَإِطْعَامُ الْجَائِعِ

Terjemahan

 

Ada tiga hal, dimana apabila manusia mau melakukannya, maka Allah akan menaunginya di bawah singgasana-Nya pada hari dimana tidak ada naungan selain naungan-Nya; Iaitu tetap melakukan wudhu (yang sempurna) dalam keadaan yang tidak menyenangkan (musim dingin), berjalan ke masjid dalam kegelapan, dan memberi makan kepada orang yang lapar.

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2494, Abu Syaikh dalam al-Tsawab sepertimana disebutkan oleh Al-Asbahani dalam at-Targhib wa Tarhib 2/38, dari Jabir bin Abdillah ra.

 

Al-Mundziri dalam Targhib wa Tarhib 2/94, hadith ini tidak sahih mahupun hasan

 

Al-Dimyathi dalam al-Mutajir Rabih no. 115 berkata sanad hadith ini rosak.

 

Hadith ini PALSU menurut syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 559.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...