Monday, 14 December 2020

Kisah capal/selipar Nabi saw naik ke Arasy

 

Kisah ini disebut oleh sekumpulan penulis syair-syair pujian. Sebahagian mereka memasukkannya pula dalam tulisannya. Kebanyakan para penceramah di zaman kita ini pula menyebut kisah ini sama ada secara panjang atau ringkas di dalam majlis-majlis memberi peringatan (majlis-majlis tazkirah mereka). Sesungguhnya Ahmad al-Maqarri al-Maliki (Qadhi di Fes, Morocco. W1041H di Mesir) telah menyatakan di dalam kitabnya Fath al-Muta'al fi Madh Khair al-Ni'al, demikian juga al-'Allamah Radhi al-Din al-Qazwin (Ulama hadis 'Iraq, W750H di Baghdad), dan Muhammad bin 'Abd al-Baqi al-Zarqani (al-Azhari al-Maliki, penutup ulama hadis di Mesir. W1122H) di dalam Syarah al-Mawahib al-Laduniyyah bahawa kisah ini adalah PALSU keseluruhannya, semoga Allah memburukkan si pemalsu kisah ini dan tidak pernah tsabit dalam mana-mana riwayat dari riwayat-riwayat kisah Mi'raj Nabi SAW, sekalipun banyak jalan periwayatannya yang menyebut baginda bersandal pada ketika itu. Tidak thabit juga baginda naik ke atas 'Arasy.."

 

al-Zarqani juga di dalam Sab'iyyat al-Hamdani berkata:

 

"Ada di dalam hadis bahawa baginda SAW bersabda: Maksudnya: "Pada malam Mi'raj, aku mahu menanggalkan sandalku, lalu aku mendengar seruan dari pihak Allah: "Wahai Muhammad , jangan kamu tanggalkan dua sandalmu itu. Kerana sesungguhnya Langit berbangga dengan adanya kedua-dua sandalmu itu." Lalu aku berkata: "Wahai tuhan, sesungguhnya Engkau telah berfirman kepada Musa: "Tanggalkan kedua sandalmu itu, sesungguhnya kamu (wahai Musa) berada di lembah Tuwa yang dimuliakan." Seruan itu berkata: "Wahai Abu alQasim (nabi Muhammad), hampirilah kepada-Ku. Kamu bukan seperti Musa di sisi-Ku. Baginda (Nabi Musa) itu Kalimullah (nabi yang berbicara degan Allah), manakala engkau (wahai Muhammad) adalah kekasih-Ku."

 

Kata al-Zarqani:

 

"(kisah ini) dikritik dengan kepalsuan, (kisah ini) tidak pernah disebut di dalam mana-mana hadis (yang sahih) setelah dilakukan pemerhatian yang menyeluruh." (Syarah al-Mawahib al-Laduniyyah 8/217).


No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...