Daripada Ali bin Abi Thalib ra
berkata :
Matan hadith
ان رسول الله صلى الله عليه
وسلم في آخر نفسه حرك شفتيه مرتين فالقيت سمعي يقول خفية امتي امتي فقبض
رسول الله صلى الله عليه
وسلم يوم الاثتثن من شهر ربيع الاول
Terjemahan
sesunggunya Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam di akhir hidupnya
menggerakkan kedua bibirnya dua kali, lalu aku mendekatkan telingaku dan aku
mendengar Nabi mengucapkan “ Ummatku, ummatku “ secara perlahan, lalu wafatlah
Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam di hari Isnin bulan Rabi’ul Awwal “.
Takhrij
Hadith ini disebutkan oleh Syeikh ‘Uthman bin Hasan bin Ahmad as-Syakir
al-Khubawi dalam kitabnya Durratun Nashihin hal. 71, namun beliau tidak
menyebutkan sanad. Periwayatnnya dan sumber asalnya tidak ditemui (لا اصل له) menurut pentahqiq kitab
tersebut.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari menyatakan bahawa
riwayat yang menyatakan Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam wafat di
pangkuan Saidina Ali Radhiyallahu ‘anhu adalah hadith-hadith yang diriwayatkan
oleh perawi Syiah (Fathul Bari 8/138-139).
Hadith Ali ra riwayat :-
a)
Ibnu Sa'ad –
((أُدْعُوا لِي أَخِي))، فَأَتَيتُهُ، فَقَالَ : ((أَدْنُ
مِنِّي))، فَدَنَوْتُ مِنْهُ، فَاسْتَنَدَ
إِلَيَّ فَلَمْ يَزَلْ مُسْتَنِدًا إِلَيَّ، وَإِنَّهُ لَيُكَلِّمُنِيْ حَتَّى
إِنَّ رِيْقَهُ لَيُصِيْبُنِيْ
Panggilkan untukku saudaraku !. Maka akupun mendatangi beliau, lalu
beliau bersabda : ”Mendekatlah kepadaku !”. Maka akupun mendekat kepada beliau,
kemudian beliau bersandar kepadaku dan tidak henti-hentinya beliau bersandar
kepadaku, dan beliau berbicara kepadaku hingga air ludah beliau mengenaiku”.
Hadith ini dhaif jiddan, terdapat perawi bernama Muhammad bin Umar
al-Wakidi, imam Ahmad berkata dia pendusta. Imam Bukhari dan Ibn Main menilai
dia matruk (al-Mizan 3/662).
b)
riwayat dari
Jabir ra.
Bahawasannya Ka’b Al-Ahbar bertanya kepada ’Umar radliyallaahu ’anhu
seraya berkata :
مَا آخِرُ مَا تَكَلَّمَ
بِهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَقَالَ عُمَرُ : سَلْ
عَلِيًا.....
Apa yang terakhir kali dibicarakan oleh Rasulullah shallallaahu ’alaihi
wasalam ?”. Maka ’Umar menjawab : ”Tanyalah kepada ’Ali....”.
Hadith ini dhaif jiddan kerana melalui juga pada Muhammad bin Umar
al-Wakidi. Juga di dalamnya terdapat Haram bin ’Utsman Al-Anshari. Dia juga
matruk. Al-Imam Malik dan Yahya berkata : ”Dia tidak tsiqah”. Al-Imam Ahmad
berkata : ”Manusia meninggalkan hadithnya”. Al-Imam Asy-Syafi’i dan Yahya bin
Ma’in berkata : ”Riwayat dari Haram hukumnya haram”. Ibnu Hibban berkata : ”Dia
keterlaluan dalam memihak Syi’ah, membolak-balik sanad, dan membuat yang mursal
menjadi marfu’ (Al-Mizaan, 1/468).
c)
riwayat dari
Ibnu Abbas ra.
قِيْلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ :
أَرَأَيْتَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُوْفِيَ وَرَأْسُهُ
فِي حِجْرِ أَحَدٍ؟ قَالَ : نَعَمْ، تُوْفِيَ وَإِنَّهُ لَمُسْتَنِدٌ إِلَى صَدْرِ
عَلِيّ
Dikatakan kepada Ibnu ’Abbas radliyallaahu ’anhuma : Apakah engkau
melihat Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam wafat dan kepala beliau di
pangkuan seseorang ?”. Maka ia menjawab : ”Ya, beliau wafat dan beliau
bersandar di dada ’Ali.....
Hadith ini palsu menurut Syeikh al-Albani dalam SIlsilah Hadith Dhaif
no. 4969. kerana ada perawi pendusta al-Wakidi yang sama seperti (a). Di dalam sanadnya juga terdapat orang yang
bernama Sulaiman bin Daud bin Al-Hushain, dari Abu Ghatfal, dia majhul tidak
diketahui keadaannya.
d)
riwayat dari
Ali bin Hussin ra.
قُبِضَ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَرَأْسُهُ فِي حِجْرِ عَلِيٍّ.
Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam wafat sementara kepala beliau
di pangkuan ’Ali.
HN. Mulla Ali Qari dalam Syarah Musnad Abi Hanifah no. 255. Setiap jalan
riwayanya bermasalah, dan beliau menaqalkan penilaian Ibnu Hajar al-Asqalani
bahawsanya hadith ini tidak perlu dihiraukan. Sama juga hadith ini melalui
perawi disebutkan di (a). Di samping itu, sanadnya terputus.
e)
dari jalur
Asy’-Sya’bi
تُوْفِيَ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَأْسُهُ فِي حُجْرِ عَلِيٍّ.
Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam wafat sementara kepala beliau
ada di pangkuan ’Ali.
Dhaif juga kerana melalui perawi di (a).Selain itu, dalam sanadnya
terdapat Abul-Huwairits yang namanya adalah ’Abdurrahman bin Mu’awiyyah. Ibnu
Ma’in dan yang lainnya berkata : ”Tidak boleh dijadikan hujjah”. Al-Imam Malik
dan An-Nasa’i berkata : ”Dia tidak tsiqah” (Al-Miizaan, 2/591).
f) dari Ummu Salamah ra.
ia berkata :
كَانَ عَلِيٌّ لَأَقْرَبُ
النَّاسِ عَهدًا بِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.....
Ali adalah benar-benar manusia yang paling dekat masanya dengan
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam.
HR. Ibn Abi Syaibah no. 32729 dan Ahmad no. 26565, Syeikh al-Arnauth
menilai sanad hadith ini dhaif, manakala al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/115,
mengatakan para perawinya perawi hadith sahih. Hadith ini sama sekali tidak
menafikan hadith ‘Aisyah bahawa beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam wafat di
dadanya, bahkan hadith ‘Aisyah lebih sahih dari hadith Ummu Salamah. Para ulama
ahli hadith telah menggabungkan antara hadith Ummu Salamah dengan hadith ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhuma:-
Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Fathul Bari 12/255 :
Mungkin dapat diharmonikan bahawa ‘Ali adalah orang yang paling akhir
masanya dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dia tidak meninggalkan
beliau hingga kepala Baginda condong (tidak sedarkan diri). Saat itu dia
menyangka bahawa beliau telah wafat. Maka dia adalah orang yang paling akhir
bertemu dengan beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam. Kemudian Baginda sedar,
dan dia (Ali ra) sudah pergi. Setelah itu ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anhaa
menyandarkan beliau di dadanya, kemudian beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam
wafat”.
Adapun orang yang tanpa ilmu menginginkan untuk menjadikan hadith-hadith
lemah lebih kuat sanadnya, maka itu adalah murni disebabkan hawa nafsu.
Tentang hadith hadith tersebut, Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah
ulama BESAR MAZHAB SYAFIE, pakar hadith
dan fiqh berkata :
وهذا الحديث يعارض ما أخرجه
الحاكم وبن سعد من طرق أن النبي صلى الله عليه و سلم مات ورأسه في حجر علي وكل طريق
منها لا يخلو من شيعي فلا يلتفت إليهم وقد رأيت بيان حال الأحاديث
Hadith ’Aisyah radliyallaahu ’anhaa menceritakan bahawa beliau
shallallaahu ’alaihi wasallam wafat di antara dada dan lehernya; membantah apa
yang diriwayatkan Al-Hakim dan Ibnu Sa’d dari berbagai jalur yang menceritakan
bahawa Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam wafat sementara kepala beliau ada di
pangkuan ’Ali radliyallaahu ’anhu. Seluruh jalan hadith tersebut tidak luput
dari orang Syi’ah. Maka tidak layak diendahkan sama sekali” (Fathul Bari,
8/139).
Yang benar ucapan akhir Baginda saw adalah:-
Daripada Aisyah ra berkata:
فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ
تَكَلَّمَ بِهَا: اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى
Adapun ucapan terakhir yang diucapkan oleh Baginda SAW: اللَّهُمَّ
الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang
Tertinggi).” (HR. Bukhari no. 4463, 6348, 6509 dan Muslim no. 2444).
قال السهيلي الحكمة في
اختتام كلام المصطفى بهذه الكلمة كونها تتضمن التوحيد والذكر بالقلب حتى يستفاد
منه الرخصة لغيره أنه لا يشترط أن يكون الذكر باللسان لأن بعض الناس قد يمنعه من
النطق مانع فلا يضره إذا كان قلبه عامرا بالذكر
al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani yang mana beliau menukilkannya
daripada al-Suhaili bahawa di antara hikmah Nabi SAW mengucapkan kalimah “ اللَّهُمَّ
الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, KekasihYang
Tertinggi)” sebelum Baginda SAW menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah
kerana kalimah tersebut mengandungi tauhid (iaitu mengesakan Allah) dan ia
(tauhid) diucapkan di dalam hati. Ini menunjukkan rukhsah (keringanan) kepada
orang lain bahawa tidak disyaratkan untuk mengucapkannya (kalimah tauhid)
dengan lisan (lidah). Kadang-kadang, sebahagian manusia tidak mampu atau
terhalang daripada mengucapnya dengan lidah dan ini sebenarnya tidaklah
memudharatkannya sekira hatinya terkandung kalimah tauhid tersebut (Fathul Bari
8/138).
Adapun ucapan ummati, ummati yang sahih, ia bukanlah disebutkan
menjelang wafatnya Nabi saw. Akan tetapi di waktu lain.
Dimana dalam hadith sahih disebutkan bahawa ketika Nabi selesai membaca
surah Ibrahim ayat 36 dan surat al-Maidah ayat 118, maka Nabi saw mengangkat
kedua tangannya dan mengucapkan :
اللهم أمَّتِي أمّتِي، وبكى
فقال الله -عز وجل-: “يا جبريل، اذهب إلى محمد -وربك أعلم- فَسَلْه: ما يبكيك؟”،
فأتاه جبريل فسأله، فأخبره رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بما قال-وهو أعلم- فقال
الله: “يا جبريل، اذهب إلى محمد فقل: إنا سنرضيك في أمتك ولا نسوءك
Ya Allah, umatku, umatku..dan Nabi menangis. Maka Allah berkata, “ Wahai
Jibril, pergilah kepada Muhammad – Dan Tuhanmu Maha Mengetahui – dan tanyakan
padanya apa yang menyebabkannya menangis ? maka Jibril mendatanginya dan
menanyakannya, maka Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan apa yang
telah diceritakan, maka Allah menjawab : “ Wahai Jibril, pergilah kepada
Muhammad dan katakanlah, “ Sesungguhnya Kami akan meredhai umatmu, dan tidak
akan berbuat buruk pada umatmu “. (HR. Muslim no. 202, daripada Abdullah bin
Amr al-Ash ra).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 100100, 71400, 259216


No comments:
Post a Comment