Thursday, 17 December 2020

Hadith nasihat Jibril as kepada Nabi saw

 

Matan hadith

 

عن سهل بن سعد قال جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مَفَارِقُهُ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ ثُمَّ قَالَ: يَا مُحَمَّدُ شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ

 

Terjemahan

 

Dari Sahl bin Sa’ad ra, berkata: Jibril datang kepada Nabi saw, lalu berkata: “Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya.” Kemudian dia berkata:” Wahai Muhammad! Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbergantungannnya terhadap manusia.”

 

Takhrij

 

HR. ath-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath no  4278, Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliyaa 3/290, al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 7921.

 

Abu Nua'im menilai hadith ini gharib jalan riwayatnya.

 

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Jawahir 2/944 menilai sanad hadith ini dhaif.

 

Hadith ini dinyatakan hasan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih 2/483 no. 831 dengan pengumpulan seluruh jalan riwayatnya.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...