Tuesday, 15 December 2020

Hadith perut Nabi saw ada six packs

 

Matan hadith

 

 

 عَنْ أُمِّ هَانِئٍ ، قَالَتْ : " مَا رَأَيْتُ بَطْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلا ذَكَرْتُ الْقَرَاطِيسَ الْمُثَنَّى بَعْضُهَا عَلَى بَعْضٍ.

 

Terjemahan

 

Dari Ummu Hani, ia menuturkan,: “Saya tidak melihat bentuk perut Rasulullah kecuali saya ingat lipatan kertas-kertas yang digulung antara satu dengan yang lain.”

 

 

Dalam riwayat lain:

 

“perutnya bagai batu-batu yang bersusun”

 

Takhrij

 

HR. at-Thayalisi dalam Musnadnya no. 1764, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 24/413 no. 1006 dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/64.

 

Sanad hadith ini dhaif menurut al-Busiri dalam al-Ithaf al-Khairah 7/457. Al Haithami menyebutnya dalam  Majma' Zawaid 8/280 dan berkata: diriwayatkan oleh At-Thabrani. Dalam sanadnya ada rawi yang bernama Jabir Al-Ju'fi, dia adalah rawi yang lemah.

 

 

عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ عن هِنْدَ بْنَ أَبِي هَالَةَ قالت؛ كان رسول الله صلى الله عليه وسلم سَوَاءُ الْبَطْنِ وَالصَّدْرِ ، عَرِيضُ الصدر.

 

Dari Al-Hasan, dari Hindi, ia berkata,: Rasulullah itu berdada lebar. Antara perut dan dada berukuran sama.

 

Takhrij

 

HR. Baihaqi dalam Dalail Nubuwah 1/286, Ibnu Hibban dalam al-Tsiqat 2/145, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 22/155 no. 414.

 

Dimasukkan oleh al-Uqaili dalam kitabnya Dhuafa al-Kabir 3/197.

 

Ibnu Hibban mengisyaratkan kelemahan hadith tersebut.

 

al-Baihaqi berkata hadith ini mempunyai syawahid.


Al-Haithami dalam Majma Zawaid 8/276 berkata dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui.

 

Hadith ini dhaif jiddan menurut syeikh al-Albani dalam Mukhtasar al-Syamail no. 6.

 

Manakala as-Suyuthi menghasankan hadith tersebut dalam Jamius Saghir no. 6475.

 

عَنِ الْحَسَنِ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ رَأَى رَجُلًا عَظِيمَ الْبَطْنِ فَقَالَ: مَا هَذَا؟ قَالَ: بَرَكَةٌ مِنَ اللَّهِ، قَالَ: بَلْ عَذَابٌ

 

Dari Al-Hasan, bahawa Umar radhiyallahu anhu pernah melihat laki-laki berperut buncit, lalu bertanya: apa ini? Laki-laki itu menjawab: Barakah dari Allah." Umar berkata: Sebaliknya, itu adalah azab.

 

Takhrij

 

HR. Muhammad ibn ‘Abdillah Al Ansari 1/52 no. 42, Ibnu Basyar dalam Mu’jamnya no. 690.

 

Menurut pentahqiq kitab Hadithu Muhammad ibn ‘Abdillah al-Ansari, atsar ini munqathi' /terputus (lemah), lantaran terputusnya Al-Hasan (Al-Bashri) dari Umar. Al-Hasan tidak pernah mendengar dari Umar.

 

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...