Monday, 14 December 2020

Hadith yang didiamkan oleh Abu Daud rh

 

Telah masyhur perkataan Imam Abu Daud dalam sebuah surat yang beliau tulis untuk ulama penduduk Mekkah, ketika mereka meminta penjelasan terkait Kitab as-Sunan yang beliau susun, terkait dengan masalah status hadith-hadith yang beliau tampilkan dalam kitabnya, beliau berkata :

 

وَمَا كَانَ فِي كتابي من حَدِيث فِيهِ وَهن شَدِيد فقد بَينته وَمِنْه مَالا يَصح سَنَده مَا لم أذكر فِيهِ شَيْئا فَهُوَ صَالح وَبَعضهَا أصح من بعض

 

“apa yang terdapat dalam kitabku ini hadith yang sangat lemah, maka aku akan menjelaskannya, diantaranya ada hadith yang tidak sahih sanadnya, *sedangkan apa yang tidak aku sebutkan (penilaian) apapun, maka hadith tersebut shalih*, sebagiannya lebih kuat dari sebagian lainnya” (Ar-Risalah hal. 27).

 

Imam al-Albani dalam kitabnya “Tamaamul Minnah”, beliau memberikan mukadimah ilmiyyah dengan menyebutkan beberapa kaedah yang berkaitan dengan ilmu hadith dan fiqih hadith, ada 15 buah kaedah, dan pada kaedah yang ketujuh (ke-7) yang akan menjadi pembahasan kita, beliau berkata :

 

عدم الاعتماد على سكوت أبي داود

 

“tidak bersandar (dalam menentukan status hadith) kepada diamnya Imam Abu Daud”.

 

Yang dimaksudkan oleh Imam Al-Albani adalah penjelasan Imam Abu Daud dalam risalahnya diatas, tatkala beliau menyampaikan bahawa hadith-hadith yang aku tidak memberinya komentar apapun, alias beliau diamkan, maka statusnya adalah *shalih*.

 

Yang menjadi perbincangan dikalangan ulama ahli hadith adalah apakah yang dimaksud dengan hadith shalih tersebut?

 

Berdasarkan penelusuran yang saya lakukan di kitab-kitab ilmu hadith, saya mendapatkan kesimpulan sebagai berikut :

 

1. Yang dimaksudkan adalah sahih, kerana mazabnya Imam Abu Daud masih seperti mazhab ulama hadith sebelumnya, yang hanya membahagi hadith dari sisi diterima tidaknya menjadi Sahih dan dhaif. Hanya saja hadith yang *Shalih* tersebut tingkat kesahihannya berbeza satu sama lainnya. Yang menunjukkan makna ini adalah perkataan Imam Abu Daud setelah menyebutkan bahwa “itu adalah hadith Shalih, sebahagiannya lebih (sahih) dibandingkan lainnya”, ini yang disampaikan oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Umar bin Muhammad bin Rasyid, sebagaimana dinukil oleh al-‘Alamah Ibrahim bin Musa al-Qahiriy dalam kitabnya “Asy-Syadzaa al-Fiyaah” (1/116).

 

2. Yang dimaksudkan adalah hadith hasan, ini adalah pendapatnya Imam Ibnu Solah dalam “Mukadimah Ibnu Solah” (hal. 36). Beliau berpendapat jika hadith yang didiamkan tersebut tidak terdapat dalam Sahihain, dan juga tidak ada penilaian ulama terhadap kesahihan hadith yang didiamkan ini, maka bererti hadithnya Hasan menurut Imam Abu Daud. Imam Nawawi dalam “at-Taqriib wa at-Taisiir” (hal. 30) juga sependapat dengan Imam Ibnu Solah, namun beliau menambahkan jika tidak ada ulama pakar hadith yang mendhifkan hadith yang didiamkan tersebut. Bahkan Imam Ibnu Katsir dalam “al-Baa’itsu al-Hatsiits” (hal. 41) mengatakan ada riwayat bahwa Imam Abu Daud berkata :

 

وما سكت عنه هو حسن

 

“hadith yang aku diamkan, maka itu adalah hasan”.

 

3. Shalih (layak) lil ihtijaaj (digunakan untuk berhujjah), jadi seolah-olah Imam Abu Daud berisyarat bahawa darjat hadithnya tidak boleh dikatakan sahih, kerana perawinya tidak sampai darjat sahih, namun juga bukan hadith yang dhaif. Oleh kerana itu pendapat ini sebenarnya mirip dengan pendapat yang kedua, bahawa itu adalah hadith hasan, namun kerana mazhab Imam Abu Daud membagi hadith hanya sahih dan doif, sedangkan yang hadith yang shalih tersebut darjatnya ada di pertengahan, maka dalam rangka kehati-hatian, beliau menilai hadith tersebut adalah shalih bukan sahih. Ini yang saya tangkap dari penjelasan Al-Hafidz al-‘Iraqiy dalam kitabnya “at-Taqyiid wa al-Iidhah” (hal. 53).

 

4. Itu adalah lebih umum mencakup juga didalamnya hadith yang sahih, hasan lidzatihi, hasan lighairihi dan hadith dhaif yang belum disepakati untuk ditinggalkan oleh para ulama, kerana mazhabnya Imam Abu Daud, seperti mazhab gurunya, yakni Imam Ahmad yang lebih mendahulukan hadith dhif dibandingkan dengan pendapat seseorang. Ini adalah penjelasannya al-Qadhi ‘Iyaadh, yang dinukil oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitabnya “an-Nukaat ‘alaa Kitaab ibni Solah” (1/146).

 

Pendapat yang keempat inilah yang rajih, dirajihkan oleh al-Qoodhi ‘Iyaad dan disetujui oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar. Kemudian berdasarkan pendapat yang rajih inilah, Imam Al-Albani mengangkat sebuah kaedah ilmiyyah yang sangat bagus untuk tidak pasrah dalam menentukan status hadith dengan diamnya Imam Abu Daud dalam kitabnya, dengan langsung menganggapnya sebagai hadith yang shalih, yang dapat segera difahami bahawa itu adalah layak untuk dijadikan hujjah. Al-Qadhi ‘Iyadh dan Imam Al-Albani telah melakukan penelitian terhadap hadith-hadith yang didiamkan oleh Imam Abu Daud dan kesimpulannya ternyata ada hadith-hadith yang faktanya diriwayatkan oleh sejumlah perowi dhaif, mudallis, majhul, mubham, sanadnya terputus, bahkan ada beberapa perawi yang dinilai matruk, yang kesemuanya ini sangat jelas bagi ulama pengkaji hadith, bahawa hadith tersebut tidak mungkin dinilai hasan, apalagi sahih.

 

Kemudian dari sini timbul pertanyaan, jika ada beberapa hadith yang didiamkan oleh Imam Abu Daud, ternyata hadithnya dhaif, mengapa Imam Abu Daud tidak menjelaskannya?, maka Imam Nawawi telah mewakili Imam Abu Daud untuk menjawabnya, kata beliau :

 

بِأَنَّهُ ترك التَّنْصِيص على ضعف ذَلِك لظُهُوره

 

“bahwasanya Imam Abu Daud tidak mengomentari (beberapa hadith yang didiamkan tersebut) sebagai hadith dhaif, kerana sudah sangat jelas” (dinukil dalam kitab “al-Muqni’ fii ‘Uluumil Hadith, li ibni Mulaqun (1/99)).

 

Maksud Imam Nawawi, hadith tersebut sudah jelas kedhaifannya bagi para pengkaji hadith, sehingga Imam Abu Daud tidak perlu lagi mengomentarinya.

 

Kesimpulannya : tetap saja kita perlu meneliti hadith-hadith yang didiamkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya, jangan langsung tergesa-gesa menghukumi hadith tersebut sahih atau hasan, hanya kerana berpegang dengan ucapan Imam Abu Daud, bahawa jika dirinya diam, berarti hadithnya layak dijadikan hujjah.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...