Matan hadith
يا رسولَ اللَّهِ دُلَّني
على عملٍ يأجُرُني اللَّهُ عليه فقالَ يا أمَّ رافعٍ إذا قمتِ إلى الصَّلاةِ
فسبِّحي اللَّهَ عشرًا وهلِّليهِ عشرًا واحْمَديهِ عشرًا وكبِّريهِ عشرًا
واستغفريهِ عشرًا فإنَّكِ إذا سبَّحتِ قالَ هذا لي وإذا هلَّلتِ قالَ هذا لي وإذا
حمدتِ قالَ هذا لي وإذا كبَّرتِ قالَ هذا لي وإذا استغفرتِ قالَ قد غفرتُ لكِ
Terjemahan
Dari Ummu Rafi' radhiyallahu 'anha, ia berkata: Ya Rasulullah, ajarkan
aku suatu amalan yang dengannya Allah 'Azza wa Jalla memberiku ganjaran. Rasulullah
SAW bersabda, "Wahai Ummu Rafi', jika engkau hendak solat, bacalah tasbih
10 x, lalu tahlil (membaca laa ilaaha illallaah) sepuluh kali, lalu tahmid 10x,
lalu takbir 10x, dan istighfar 10x. Sesungguhnya ketika engkau bertasbih, Dia
berfirman, 'Ini untuk-Ku, ketika kau tahlil, Dia berfirman, 'Ini untuk-Ku,'
ketika kau tahmid, Dia berfirman, 'Ini untuk-Ku,' ketika kau takbir, Dia
berfirman, 'Ini untuk-Ku,' dan ketika kau istighfar, Dia berfirman, 'Aku telah
mengampunimu.
Takhrij
HR. Ibnu Sunni dalam Amal Yaum wa al-Lailah no. 107.
Hadith ini dinilai hasan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Nataij
al-Afkar 1/380, dan juga dimasukkan Syeikh al-Albani dalam kitab Silsilah Hadith Sahihnya no. 3338.
Yang benarnya, ia bukanlah zikir yang dibaca sebelum iqamah secara spesifik seperti pemahaman penanya, tapi ia adalah sebelum
memulakan solat yakni doa iftitah dibaca selepas takbiratul ihram,
kerana ia disokong oleh hadith-hadith lain dalam riwayat Ahmad 6/143 dan
at-Thabarani Mu'jam al-Awsath 2/62
dengan sanad yang sahih :-
Terkadang beliau صلى
الله عليه وسلم membaca:
اَللهُ أَكْبَرُ اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ سُبْحِانَ اَللهُ لَا اِلَهَ إِلَّا اَللهُ أَسْتَغْفِرُ اَللهُ
"Allah Mahabesar (10 kali), segala puji milik Allah (10kali),
Mahasuci Allah (10 kali), tidak ada tuhan kecuali Allah (10 kali), aku mohon
ampun kepada Allah (10 kali)."
Dan dilanjutkan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي (وَعَافِنِيْ)
يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ
"Ya Allah, ampunilah aku, berilah aku petunjuk, berilah aku rezeki,
dan [berilah aku keselamatan]" (10 kali) dan dilanjutkan: "Ya Allah,
aku berlindung kepada-Mu dari penderitaan pada hari menghadapi perhitungan amal
di akhirat" (10 kali).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no.160115
No comments:
Post a Comment