Matan hadith
مَنْ بَاتَ طَاهِرًا، بَاتَ
فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ، فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: اللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا
Terjemahan
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya
di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah,
ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci
Takhrij
HR. Ibnu Hibban no. 1051, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2526, daripada
Ibnu Umar ra.
Hadith ini dikatakan sanadnya jayyid oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari
11/109, dan dihasankan juga oleh al-Haithami dalam Majmu Zawaid 1/266.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan dalam Silsilah Hadith Sahih
no. 2539.
Maksud dalam pakaiaan, yang jelas ia tidak diperincikan ulama, kerana
dari segi bahasa memang dimaklumi adalah betapa dekatnya malaikat dan kita. Ada
sebahagian riwayat mengatakan malaikat berada di sisi kepala lalu mendoakan
keampunan buat kita. Yang penting kita nak kutip dari hadith ini adalah
faedahnya seperti berikut:-
Faedah
a)Keutamaan berwudhu dulu sebelum tidur
b)Keutamaan senantiasa dalam keadaan wudhu.
c)Malaikat adalah makhluk Allah yang senantiasa taat dan tidak pernah
bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’alaa, sehingga jika mereka berdoa, maka
doanya adalah makbul, dan permohonan ampunan darinya kepada orang-orang yang
tidur dalam keadaan suci, maka Allah Subhanahu wa Ta’alaa tidak akan
menolaknya.
Allah Subhanahu wa Ta’alaa berfirman :
لَا يَسْبِقُونَهُ
بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ
mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan
perintah-perintahNya (QS. Al Anbiyaa` : 27).
No comments:
Post a Comment