Memang ada hadith anjuran hal tersebut, semak
hadith berikut yang menceritakan kelebihan ziarah sesama muslim :-
أنَّ رَجُلًا زارَ أخًا له في قَرْيَةٍ أُخْرى، فأرْصَدَ اللَّهُ له، على
مَدْرَجَتِهِ، مَلَكًا فَلَمّا أتى عليه، قالَ: أيْنَ تُرِيدُ؟ قالَ: أُرِيدُ أخًا
لي في هذِه القَرْيَةِ، قالَ: هلْ لكَ عليه مِن نِعْمَةٍ تَرُبُّها؟ قالَ: لا،
غيرَ أنِّي أحْبَبْتُهُ في اللهِ عزَّ وجلَّ، قالَ: فإنِّي رَسولُ اللهِ إلَيْكَ،
بأنَّ اللَّهَ قدْ أحَبَّكَ كما أحْبَبْتَهُ فِيهِ
Daripada Abu Hurairah ra,
Rasulullah saw bersabda: "Pada suatu ketika ada seorang lelaki mengunjungi
saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah mengutus malaikat untuk menemui
orang tersebut. Ketika orang itu dalam perjalanan ke kampung tersebut, malaikat
itu bertanya: "Hendak ke mana kamu?" Orang itu menjawab: "Saya
ingin menjenguk saudara saya di kampung lain." Malaikat itu terus bertanya
kepadanya: "Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan
dengannya?" Laki-laki itu menjawab: "Tidak, saya hanya mencintainya
kerana Allah Azza wa Jalla." Akhirnya malaikat itu berkata:
"Sesungguhnya aku malaikat diutus untuk memberitahu kamu Allah akan
sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah."
(HR. Muslim no. 2567).
No comments:
Post a Comment