Friday, 18 December 2020

Hadith penyimpangan kaum khawarij

 

Matan hadith

 

 

يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ قَتْلَهُمْ أَجْرٌ لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

 

Terjemahan

 

Akan datang di akhir zaman suatu kaum yang masih muda beliau namun lemah pemahaman (kurang kekayaan intelektual). Mereka berbicara dengan ucapan manusia terbaik (mengambilnya dari Al Qur'an) namun mereka keluar dari agama bagaikan anak panah tersasar dari buruan yang sudah dikenainya. Iman mereka tidak sampai ke tenggorokan mereka. Maka dimana saja kalian menjumpai mereka, bunuhlah mereka kerana pembunuhan atas mereka adalah pahala di hari kiamat bagi siapa yang membunuhnya.

 

Takhrij

 

HR. Bukhari no. 3611 dan Muslim no. 1066, daripada Ali ra.

 

Syarah

 

Ibnu Hajar berkata : “Ahdatsu Asnan ertinya bahawa mereka itu para pemuda. Dan Sufaha’ul Ahlam ertinya akal mereka buruk.” Imam An Nawawi berkata : “Kemantapan dan bashirah (wawasan) yang kuat akan muncul ketika usia mencapai kesempurnaan.” (Fathul Bari 12/287)

 

Makna: ‘Mereka berbicara debgan ucapan terbaik yang ada di muka bumi ini' (yakni ayat-ayat al-Quran) adalah:-

 

Mereka mendengungkan kalimat: [إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ] ‘Tidak ada hukum, kecuali milik Allah’. Namun dengan kalimat ini, lalu mereka meletakkan bukan pada tempatnya (pemahaman yang salah). Mereka mengkafirkan sekian banyak kaum muslimin. (Catatan kaki Muhammad Fuad Abdul Baqi untuk Sahih Bukhari).

 

Imam an-Nawawi menerangkan, “Hadith ini menegaskan wajibnya memerangi Khawarij dan pemberontak negara, dan hal itu merupakan perkara yang telah disepakati oleh segenap ulama.” (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim 4/397).

 

Di tempat yang lain Imam an-Nawawi menjelaskan bahawa ungkapan ‘mereka suka membaca al-Qur’an akan tetapi bacaan mereka tidak melampaui pangkal tenggrorokan mereka’ memiliki dua penafsiran. Pertama, dimaknakan bahawa hati mereka tidak memahami isinya dan tidak mampu memetik manfaat darinya selain membaca saja. Kedua, dimaknakan amal dan bacaan mereka tidak diterima oleh Allah (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim 4/389).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...