Friday, 18 December 2020

Kisah pengislaman Abu Dzar al-Ghifari ra

 

Matan kisah

 

هنالك دخل المسجد الحرام ونادى بأعلى صوته : [ أشهد ألاَّ إله إلا الله ..وأشهَد أنَّ محمداً رسول الله ] .. كانت هذه الصيحة – فيما نعلم – أول صيحة بالإسلام تحدَّت كبرياء قريش وقرعت أسماعها .. صاحها رجل غريب ليس له في مكة حسب ولا نسب ولا حِمَى .. ولقد لقي ما لم يكن يغيب عن فطنته أنه ملاقيه.. فقد أحاط به المشركون وضربوه حتى صرعوه .. وترامى النبأ إلى العباس عم النبي ، فجاء يسعى ، وما استطاع أن ينقذه من بين أنيابهم إلا بالحيلة الذكية ، فقد قال لهم : " يا معشر قريش ، أنتم تجار ، وطريقكم على غِفَار ، وهذا رجل من رجالها ، إن يحرض قومه عليكم ، يقطعوا على قوافلكم الطريق " ..فثابوا إلى رشدهم وتركوه . ولكن أبا ذر ، وقد ذاق حلاوة الأذى في سبيل الله ، لا يريد أن يغادر مكة حتى يظفر من طيباته بمزيد

 

Terjemahan

 

Apabila beliau mendengar alunan ayat-ayat suci al-Qur’an dari lisan Rasulullah saw, beliau terus mengucapkan dua kalimah syahadah. Oleh kerana keterujaan beliau itu, Abu Zar terus menuju ke Masjidil Haram dan terus melaungkan, “Asyhadu alla Ilaha Ilallah was Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!” di tengah-tengah kaum Musyrikin yang sedang tawaf mengelilingi berhala-berhala yang diletakkan di Kaabah.

 

Apabila kaum Musyrikin Mekah mendengar perisytiharan terbuka Abu Zar itu, mereka terus mengepung dan memukulnya sehingga beliau jatuh. Tidak ada sesiapa pun di kota Mekah itu yang berani membuat pengisytiharan terbuka, tambah pula orang luar seperti Abu Zar ini.

 

Nasib baiklah bapa saudara nabi, Abbas bin Abdul Mutalib datang menyelamat, dengan berkata, “Wahai kaum Quraisy, Engkau semua bangsa pedagang yang mahu tidak mahu akan lalu di perkampungan bani Ghifar, dan orang ini adalah salah seorang dari mereka. Tidak mustahil bila ia akan menghasut kaumnya untuk merompak kafilah-kafilahmu nanti!” Selepas itu barulah Abu Zar dilepaskan pergi.

 

Takhrij

 

Kisah ini ditemukan dalam Buku Sirah Rijalun Haula Rasul oleh Khalid Muhammad Khalid hal. 46.

 

Saya tidak jumpa kisah diperinci seperti ini dalam ringkasan Siyar ‘Alam an-Nubala (t) hal. 326.

 

Kitab lain saya tak sempat rujuk lagi. Tapi saya berpegang teks-teks sejarah tak mengapa untuk kita cerna ia sebagai teks sejarah atau sekadar cerita, tapi bukan pendalilan hukum.

 

Para ulama  bersikap selektif dan kritis terhadap hadith-hadith hukum, dan sebaliknya, bersikap longgar ketika menghadapi hadith-hadith sirah (Shiddiqi, 2003 hal. 13)

 

Rujukan

 

Shiddiqi, Muhammad Zubayr. “Hadith-A Subject of Keen Interest”, dalam P. K. Koya (ed.). Hadith and Sunnah: Ideals and Realities. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 2003.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...